Gambar yang dikatakan disiarkan oleh
akhbar The Star bertarikh 21 Ogos 2012.

Haritu aku tenguk TV3 menemubual Menteri(Gangster)Besar Pahang dalam slot berita ringkasnya(mungkin agak awal lagi masa tu,aku tak berapa ingat) sempena Rumah Terbuka AidilFitri PM di Pekan Pahang.Antara komen M(G)BP Tok Nan yang aku dengar bila ditanya pemberita.“Kita menjangkakan kehadhiran 100 ribu pengunjung untuk rumah terbuka kali ini berbanding tahun sudah”,…biar betul fikir aku.

Gambar yang aku besarkan imejnya untuk melihat sudut
mana yang mungkin ‘sakit’ dan terpaksa jumpa doktor…

Samalah jugak dengan angka 100 ribu yang dikatakan hadhir di rumah terbuka Perdana Menteri dan Kabinetnya yang diadakan di Seri Perdana pada hariraya kedua lalu yang kini menjadi perdebatan seorang pemimpin DAP Senator S Ramakrishnan setelah akhbar The Star bertarikh 21 Ogos menyiarkan gambar yang dikatakan ‘altered and doctored’ menggunakan Photoshop untuk memperlihatkan betapa ramainya kehadhiran pada hari itu.Ramakrishnan mempertikaikan kenapa rakyat mesti ‘dibohongi’ dengan kehadhiran sebegitu sedangkan kehadhiran sebenar mungkin paling maksima 40 ribu orang.

Stadium Bukit Jalil dengan kapasiti maksimun 100 ribu hadirin
Perkara yang dipertikaikan Ramakrishnan ini mungkin dikira remeh tapi ianya sedikit sebanyak menjejas imej PM DS Najib bila ianya dikaitkan dengan ‘pembohongan’,mengapa mesti bohong?Dalam hal ini kita tidak boleh menyalahkan DS Najib jika benar benar wujud ‘pembohongan fakta’ oleh ‘kaki kaki bodek’ yang senantiasa memberi “input feel good” kepada beliau.Selaku tuanrumah mana lah beliau ada masa untuk melakukan kerja kira mengira ini kerana ini kepakaran Menteri Pantun Pantin Rais anak si Yatim tu.Jadi bila orang yang diharapkan memesungkan fakta maka imej yang terpalit adalah Perdana Menteri sendiri.
Bercakap pasal kehadhiran 100 ribu ianya bersamaan dengan kapasiti maksimum Stadium Bukit Jalil,jadi ianya agak meragukan.Bila aku cakap macam ini pastinya ada yang akan kata,“Helo mangkuklah kau APA,sebab rumah terbuka ini berlangsung dari 10 pagi hingga 5 petang,bukan semuanya datang serentak” dan aku dah tahu jawapan pembelaan macam itu pasti akan keluar.Tapi untuk menyediakan logistik bagi menerima kehadhiran 100 ribu baik di Seri Perdana Putrajaya ataupun Pekan bukanlah satu perkara yang mudah.Aku tak nampak ada berita mana mana media yang melapurkan ‘kesesakan giler’ berlaku di kedua lokasi rumah terbuka ini pada hari tersebut,terutamanya di Pekan Pahang.Jadi angka angka yang dinyatakan pada aku hanyalah mainan ‘kaki kaki bodek’ dan para ‘punahsihat’ yang nak bagi Perdana Menteri syok je…
Apa yang penting sangat tentang angka kehadhiran ini aku pun tak pasti,tapi yang aku pasti Rakyat Malaysia memang suka pergi rumah rumah terbuka anjuran Perdana Menteri dari PM yang dahulu sehingga hari ini sebab ada ‘makan free’ dan dapat tenguk wajah wajah pemimpin yang mereka benci dari dekat itu je.”Inflated Figures” yang menjadi mainan ‘kaki kaki bodek’ bila melaporkan kepada Perdana Menteri tidak menggambarkan penerimaan sebenar rakyat terhadap seseorang individu.Semasa Paklah dibenci hampir seluruh rakyat Malaysia pun rumah terbuka Aidilfitri yang dia adakan macam filem ‘Box-Office’ tapi akhirnya tertungging jugak…
Paling penting kita pun duk join orang yang kita kutuk selama ini bermain dengan teknik photoshop bila nak buat propa pilihanraya.Tenguk saja dua gambar dibawah ini dan apa sajalah bezanya kita…