Ini adalah sambungan artikel semalam DISINI bagi menyokong kenyataan Tamrin Ghafar berhubung isu arwah bapanya (Tun Ghafar) yang hampir hampir meninggalkan Umno dan menubuhkan parti baru setelah kecewa dengan Tun Mahathir dan lebih kecewa dengan Abdullah Badawi selepas Paklah jadi Perdana Menteri.

Hanya tindakan pantas Paklah memujuk/menyogok Tun Ghafar dengan menganugerahkan ‘projek’ membekalkan keperluan pilihanraya BN-Umno untuk PRU11 2004 yang bernilai ratusan juta RM yang membatalkan niat arwah untuk melakukan perkara tersebut.Aku difahamkan ada beberapa sebab ‘projek’ ini dianugerahkan kepada Tun Ghafar,satu….kerana mengenangkan jasa jasa Allahyarham yang terlalu banyak terhadap Umno,kedua…untuk menyelesaikan masaalah kewangan Tun Ghafar yang disebabkan anak anaknya termasuk Tamrin sendiri dan ketiga…pastinya untuk memujuk arwah.

Sebab itu pada tahun 2002 bila aku diminta membantu menjalankan projek ini oleh ‘Dato’ Hassan Ayoub (Pegawai Tugas Tugas Khas Paklah) yang merupakan rakan kongsi Tun Ghafar dalam syarikat Infra Penaga Sdn Bhd dan beberapa syarikat lain milik mereka bersama,aku tidak menolak.Ini kerana aku telah diberi penerangan secara terperinci oleh Hassan Ayoub tentang status projek ini dan kenapa ianya dianugerahkan kepada Tun Ghafar oleh Paklah.Saperti kata Tamrin kelmarin Datuk Rahman Yunus (bekas SU peribadi Tun Ghafar) merupakan orang yang paling tahu tentang hal ini.

‘Dato’ Hassan Ayoub…conman belaan dan kesayangan Paklah 
sampai hari ini dan hanya akan muncul bila PRU tiba…

Untuk pengetahuan anda semua ‘Dato’ Hassan Ayoub merupakan Pengerusi Eksekutif Elegant Advisory Sdn Bhd dimana aku merupakan Pengarah Urusan nya.Memandangkan ini projek ‘anugerah khas’ kepada Tun Ghafar(atas sebab sebab yang aku nyatakan sebelum ini) dan ada kaitan  dengan Hassan Ayoub pegawai tugas tugas khas Paklah yang juga merupakan rakan kongsi Tun Ghafar dalam beberapa syarikat milik mereka bersama yang beroperasi di Wisma Tan & Tan di Jalan Tun Razak maka aku mengambil sikap bersangka baik dan mempercayai kesahihan projek ini walaupun tiada “SURAT PERLANTIKAN” yang dikeluarkan baik oleh Tun Ghafar mahupun Umno atas status “SULIT” projek ini konon nya.

Apatahlagi aku diberi keyakinan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri waktu itu Datuk Zainal Abidin Zain akan status projek ini dan kenapa ianya mesti dilakukan secara sulit.Bukan Datuk Zainal sahaja bahkan ramai lagi Menteri pada waktu itu yang memberi pengesahan yang serupa sama ada secara langsung atau tidak langsung.Tapi sangkaan baik dan kepercayaan yang aku berikan kepada semua mereka tanpa apa apa “SURAT PERLANTIKAN” akhirnya dijadikan “SENJATA” oleh Umno untuk menidakan tuntutan aku dimakamah melalui peguam mereka Datuk Mohd Hafarizam Harun DISINI.

Tapi hari ini aku bukan nak bercerita pasal kes Elegant vs Umno,perincian “pengkhianatan” Umno itu akan aku dedahkan bila tiba waktunya dalam siri Hadiah Untuk Imam Hadhari kelak.Cuma aku buat sedikit penerangan diatas sekadar nak membuktikan pengelibatan secara langsung aku dalam hal yang melibatkan “projek pujuk dan sogok” oleh Paklah kepada Tun Ghafar agar tidak meninggalkan Umno disaat saat dia hampir menerima obor Presiden Umno dan Perdana Menteri dari Tun Mahathir saperti yang telah mereka persetujui.Mungkin Paklah tak sanggup menghadapi senario begitu dikala dia hampir pasti menerajui Umno,walaupun tidak diketahui apa impaknya terhadap dia dan Umno kalau ianya betul betul berlaku waktu itu.

Berbalik kepada “Projek Tun Ghafar” ini saperti yang pernah aku kisahkan dalam 5 siri Hadiah Untuk Imam Hadhari sebelum ini,aku diberi layanan VVIP dan diberi banyak kemudahan bagi menjayakan projek ini oleh semua pihak.Dalam banyak perjalanan/lawatan kerja aku kenegeri negeri aku kadang kadang disediakan limousine dan outriders polis yang sedia menanti aku di airport untuk kemudahan aku terutama bila arwah Tun Ghafar ikut serta.Bayangkan yang bergelar menteri pun tak ada kemudahan police outriders kecuali Menteri Dalam Negeri…he he he.

Pernah sewaktu di Penang bersama Tun Ghafar untuk urusan dengan Dr Hilmy Yahya,arwah Tun tergelincir sewaktu mandi didalam bathtub.Mujur bilik mandi penthouse Hotel Shangri La tempat penginapan kami dilengkapi kemudahan talipun dan arwah dapat memberitahu ‘Dato’ Hassan apa yang menimpa dirinya.Kami yang waktu itu sedang bergumbira disebuah kelab karoake kelam kabut ke penthouse dan sempat menyelamatkan arwah yang hanya mampu mengapungkan mukanya sahaja dalam bathtub yang penuh berisi air.Panik giler aku malam itu,nasib baik budak budak aku di Penang mampu mencari pakar urut walaupun dah pukul 2 pagi untuk memanaskan badan Tun Ghafar yang lama terendam.

Itu adalah sebahagian pengalaman aku bersama Tun Ghafar di Penang dan yang paling kelakar 3 hari selepas itu sewaktu kami mahu menaiki pesawat penerbangan balik ke KL hampir 30 budak budak aku di Penang menghantar Tun Ghafar sehingga kedalam pesawat.Aku rasa belum pernah berlaku dimana mana lapangan terbang didunia dimana 30 orang tanpa boarding pass dibenarkan menghantar penumpang hingga kedalam pesawat.Jangan kata 30,seorang pun pasti tak lepas gate perlepasan tanpa boarding pass…betul tak?Itulah diantara keistimewaan yang aku nikmati semasa melakukan tugasan khas untuk arwah Tun Ghafar.Ada banyak lagi yang aku tak boleh nak ceritakan disini…

Tapi akhirnya aku dilayan macam “ANJING PHARIAH” oleh Umno sehingga hari ini setelah semuanya selesai dan Tun Ghafar tidak meninggalkan Umno sehingga akhir hayat beliau…

Jadi aku mengesahkan apa yang dikatakan Tamrin Ghafar tentang arwah ayahnya…