Aku berkesempatan mengunjungi Dataran Merdeka dimana Perhimpunan Janji Bersih diadakan.Aku berada seawal jam 10 malam disana dan setibanya aku disana ianya seakan suasana karnival dengan berbagai ragam manusia yang majoritinya memakai warna kuning saperti yang disarankan penganjur.

Dataran Merdeka riuh rendah dengan bunyi tiupan trumpet dan gelagat berbagai macam manusia yang ada disitu baik pengunjung tempatan mahupun pelancung asing dan tidak ketinggalan juga para pekerja asing Indonesia,Bangladesh dan Nepal.

Berbeza dengan suasana Bersih 3.0 yang penuh dengan ketegangan,Perhimpunan Janji Bersih ini amat jauh berbeza dengan suasana nya saperti pesta dengan hampir semua yang ada disitu bergembira sambil bermesra walaupun saling tidak mengenali satu sama lain.Wajah wajah riang dengan senyuman memenuhi setiap ruang dimana saja kita menolehkan muka kita.Kalau bercakap pasal semangat 1Malaysia dukungan Perdana Menteri inilah dia 1Malaysia dalam ertikata sebenar yang aku dapat rasakan sebentar tadi.

Bila jam besar di Bangunan Sultan Abdul Samad berbunyi tepat jam 12 tengah malam,aku mula meninggalkan Dataran Merdeka dengan pengunjungnya masih berpesta tak tahulah sehingga jam berapa…

Antara yang dapat aku rakamkan…

Tapi yang ini memang aku tak gemar..aku akan komen kemudian.
The Devils i love to know…
Penyokong kuat Pas?
Ini pemberita yang bertekak dengan seorang perempuan
masa Bersih 3.0 yang dipost di Youtube.
APA dan Umno Reform
On the way balik atas AKLEH ramai pemandu memberhentikan kereta
mereka menyaksikan bunga api KLCC