Pada aku mereka mereka ini sudah boleh kita panggil
“PENGKHIANAT” kepada negara…


Artikel ini aku tulis sebelum turun ke Dataran Merdeka untuk menyaksikan detik 12 tengah malam dan Himpunan Janji Bersih,tapi tak dapat aku habiskan kerana tergesa gesa nak ke Dataran Merdeka.Jadi aku sambung kembali selepas aku menyaksikan sendiri apa yang berlaku di Dataran Merdeka terutamanya kekecewaan aku melihat buat pertama kali “Sang Saka Malaya” diusung oleh segelintir kecil peserta Himpunan Janji Bersih.Melihat bendera yang dibawa anak anak muda ini aku yakin ada lebih banyak bendera macam ini tersimpan dimana mana yang hanya menanti ketika untuk diarak bila keadaan nya bersesuaian.

*************************************
Hishamuddin Rais aka Tukar Tiub adalah individu yang aktif 
mempromo bendera komunis ini di blognya…

Inilah kali pertama seingat aku Hari Kebangsaan/Merdeka dipertikai oleh begitu banyak pihak terutamanya dipihak penyokong Pakatan Rakyat.Semuanya berpunca pada mulanya kerana slogan dan lagu tema yang dikatakan tidak mencerminkan aspirasi rakyat Malaysia secara keseluruhan kerana ianya lebih mencerminkan slogan dan lagu tema kempen PRU kerajaan Barisan Nasional iaitu Janji Ditepati.Maka perayaan Hari Kebangsaan kali ini dianggap lebih mirip kepada perayaan Parti Barisan Nasional dan Umno dan bukan perayaan bertaraf kebangsaan.Kemudiannya isu ini dihangatkan lagi bila ada pihak pihak yang berkepentingan politik yang berani mempertikaikan kesahihan status Merdeka,Lagu Kebangsaan dan bendera rasmi negara Jalur Gemilang.Isu yang dah dimainkan sekian lama tapi diperhangatkan bilamana Perdana Menteri tersilap memilih(pendapat peribadi aku) tema perayaan kali ini.

Blog ini sejak seminggu yang sudah ada menyiarkan semula beberapa artikel “pencerahan minda merdeka” dari sahabat blogger SeaDemon untuk tatapan pihak pihak yang masih samar akan sejarah kemerdekaan negara kita ini agar ianya dapat membantu pemahaman minda minda yang mungkin telah dipengaruhi “momokan palsu” oleh pihak pihak yang tidak bertanggung jawap yang berkepentingan politik.

Tidak dinafikan sejarah kemerdekaan negara bercelaru dek disebabkan penulisan sejarahnya yang waktu itu dikuasai British dan dalam agenda mereka menekan kebangkitan orang Melayu telah memutar belitkan fakta sebenar mengikut kepentingan mereka waktu itu.Manalah mereka menyangka yang suatu masa(hari ini) dunia ini menjadi tiada sempadan dan teknologi maklumat menjadikan segala fakta sebenar yang disembunyikan mereka waktu itu mampu dirungkai dengan sekelip mata hanya menggunakan jari.

Hanya kerana hari ini kita mendapati fakta sejarah negara tidak selari dengan fakta sebenar kita begitu pantas menghukum dan meletakan kesalahan itu kepada pemimpin pemimpin negara yang ada hari ini.Persoalan nya…adakah mereka ini bertanggung jawap keatas pemalsuan fakta atau penyelewengan sejarah yang ditulis lama sebelum mereka ini dilahirkan dibumi bertuah ini?Jawapan nya tentulah tidak bukan?

Kesalahan mereka hanyalah belum ada “KEBERANIAN” dipihak mereka untuk memperbetulkan fakta yang agak tersasar agar ianya selari dengan aspirasi dan kehendak generasi selepas merdeka apatahlagi generasi muda hari ini.Mungkin mereka belum cukup bersedia atau mungkin iklim politik negara ini belum mengizinkan ianya untuk dikaji semula.

Namun begitu,tindakan menolak bulat bulat sejarah Malaysia adalah sesuatu tidak boleh diterima dek akal apatahlagi perkara perkara yang melibatkan sejarah kemerdekaan,lagu kebangsaan dan bendera resmi negara ini.Lebih kurang ajar bila ada pihak pihak yang begitu berani mempromosi “bendera baru Sang Saka Malaya” untuk menggantikan Jalur Gemilang yang kita tahu berasal dari ideologi komunis Presiden Soekarno suatu waktu dahulu.

Kalau Jalur Gemilang dikatakan meniru bendera Amerika Syarikat...so what?
Tenguk saja bendera negara negara Afrika yang hampir sama saja dari segi warna dan bentuk,tak jadi masaalah pun bagi rakyat negara itu.

Kalau Lagu Kebangsaan dikatakan dicilok dari lagu Indonesia Terang Bulan yang juga dicilok dari lagu Mamula Moonso what?
Kalau aku jadi Perdana Menteri waktu itu pasti aku pilih lagu Jailhouse Rock nyanyian mendiang Elvis Presley untuk dijadikan lagu kebangsaan kita.

Kalau selama 55 tahun ini kita boleh menerima 31 Ogos 1957 sebagai tarikh negara merdeka,Negaraku sebagai Lagu Kebangsaan kita dan Jalur Gemilang yang mirip bendera AS sebagai bendera rasmi kita…hari ini apa masaalahnya sehingga semua itu dipertikaikan dan mahu diubah?

Cuba tolong story sikit apa faedah nya ?

P/S : Nanti aku sambung lagi artikel ini besuk…