Yang bertudung pun teringin nak jadi Iblis?

Hampir 2 jam di Dataran Merdeka malam semalam apa yang aku lihat ramai sekali gadis gadis Melayu yang beragama Islam(aku agaklah) yang mengenakan tanduk “ala ala Iblis”.Begitu bangga mereka mengenakan tanduk Iblis ini sambil terkinja kinja meniup trumpet mereka.

Dibawah ini sebahagian gambar manusia bertanduk yang sempat aku rakam.Sebenarnya ramai sekali dengan gaya macam ini dan kalau aku nak rakam penuh kad SD 4G aku rasanya..