Aku baru je menjelajah blog sebab dari pagi tadi banyak hal yang kena settle.Masuk je gelanggang berita paling panas yang aku baca ialah bila ada yang mempertikaikan kesahihan statistik Tweeter Merdeka55 yang dikatakan berjumlah 3.6 juta dalam masa sejam (8:15-9:15 malam tadi) saperti yang diumumkan Rais Yatim secara langsung melalui tv yang aku pun ada mengikutinya.

Semuanya hasil laporan Malaysiakini yang memetik kajiselidik yang dilakukan oleh Twitter Politweet.org terhadap pola tweet #Merdeka55 dan #merdeka @najibrazak yang menunjukan konon nya 38% darinya adalah hasil dari bot yang mengawal beberapa akaun tweeter,yang mana 41,000 tweet kononnya dihasilkan dari 2,761 pengguna tweet.Wow !!!

Memandangkan laporan ini datang dari Malaysiakini aku tak mahulah nak percaya sangat sebab kita pun sedia maklum yang MK ini memang pro Pakatan Rakyat dan sebelum ini pun kajian yang mempertikaikan followers DS Najib pernah dilapurkan,tapi apa pun Rais anak Yatim ini perlu jugak jawap isu ini dan membuktikan sebaliknya dengan fakta dan kaji selidik dari pihak yang berwibawa mengenai #Merdeka55 ini.

Video dibawah menerangkan bagaimana kaedah  Create an Auto-Retweet Twitter Bot

Rais tak boleh buat buat bodoh dan membiarkan perkara ini dengan menggunakan kaedah “no action is an action” kerana hal macam ini melibatkan kewibawaan BN dan Perdana Menteri.Tak ada “pantun” yang dapat menangkis “fakta” diatas kecuali laporan kaji selidik dari firma yang lebih berwibawa dari  Twitter Politweet.org yang wajib dikeluarkan oleh Rais Yatim.

Sementara Rais tengah fikirkan jawapan..aku jual pantun 4 kerat untuk dia jawap.

Menteri bernama Rais Yatim,
Cakap kadang kadang tak serupa bikin,
Putar belit cakap dia dah jadi lazim,
Sehingga rakyat terheret kisah dalam kain.

Kah
Kah

Kah
(Dah macam Tukar Tiub lak aku gelak)