Ramai dikalangan pembaca blog ini menyatakan ketidakpuasan  hati mereka sama ada diruang komen atau ke email aku bila tiba tiba je blog ini bertukar warna dari hijau ke biru dan bila banyak artikel aku kebelakangan ini yang nampak macam pro kerajaan dan Umno.Memang aku tak nafikan memang ada sedikit perubahan tentang sentimen aku terhadap kerajaan,tapi ini tidak bermakna blog ini akan tone down dari mengkritik pemimpin Umno saperti yang aku lakukan selama ini.Aku tetap aku dan akan terus haramja saperti sebelum nya dan tiada kompromi bab mengkritik dan mendedah salahlaku pemimpin pemimpin Umno mahupun Pakatan Rakyat.

Cuma mungkin dalam suasana umat Islam masih dalam mood menyambut Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan Ke-55 aku berihat sebentar dari kebiasaan dan membiarkan semua orang merayakan kedua perayaan ini dalam keadaan aman dan hanya menyentuh perkara perkara yang kritikal sahaja.

Dikesempatan ini suka aku nak menjelaskan kepada pembaca yang aku sebutkan diawal tadi kenapa tiba tiba sentimen aku berubah.Semuanya berpunca dari “PERTIKAIAN KEMERDEKAAN NEGARA” yang banyak dimainkan oleh blog blog Pro Pakatan Rakyat sehingga ada yang sampai berani mempromo “Sang Saka Malaya” untuk menggantikan Jalur Gemilang yang dikatakan diciplak dari bendera Amerika Syarikat.Bukan itu sahaja bahkan Sejarah Kemerdekaan dan Lagu Kebangsaan turut juga dipertikaikan dan pastinya pejuang pejuang kemerdekaan turut dinafikan status mereka dengan mengangkat ‘wira wira pejuang’ yang selari dengan perjuangan mereka yang anti-Umno.

Aku tak kisah sangat bab anti-Umno ini sebab pada aku sesiapa pun berhak untuk memilih ideologi poilitik masing masing.Tapi hanya kerana sentimen anti-Umno dan gerakan mahu menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional ‘Sejarah Negara’ mahu diubah itu amatlah keterlaluan dan melampau!

Bertitik tolak dari ‘penafian sejarah negara’ oleh blog blog inilah yang membuatkan aku menghabiskan hampir 2 minggu melakukan research aku sendiri untuk mendapatkan fakta sebenar tentang ‘Kemerdekaan Malaysia’ baik dari sumber tempatan mahupun luar negara.Penjelajahan aku ke ‘arkib arkib sejarah dunia’ menemukan aku dengan banyak fakta yang tidak aku ketahui selama ini yang akhirnya memberi keinsafan dalam diri aku tentang betapa besarnya pengorbanan PEJUANG PEJUANG KEMERDEKAAN yang berjuang untuk memerdekakan bumi bertuah ini.Memerdekakan negara ini dari APA untuk SIAPA dan dari SIAPA?Jawapan nya ada disana,dialam maya bagi anda yang berusaha mencari.

Walaupun SEJARAH NEGARA MALAYSIA nukilan Barat yang kita baca selama ini sengaja diseleweng dan dicelarukan oleh Barat demi kepentingan mereka waktu itu.tapi KERANGKA nya tetap sama dan tidak berubah,cuma jalan ceritanya sahaja ada kalanya tersasar.Lantas menolak bulat bulat secara total sejarah kemerdekaan negara adalah tindakan paling tidak wajar sekali.Apa yang kita patut lakukan adalah mensejajarkan segala yang tersasar agar ianya dapat diterima oleh semua lapisan rakyat yang merasa bumi bertuah bernama Malaysia ini milik kita bersama dan Sejarah Malaysia adalah sejarah KITA.Perlu ada keberanian dan komitmen semua pihak terutamanya pemimpin,baik kerajaan mahupun pembangkang dalam menjayakan misi penting ini.Menolak bulat bulat sejarah selepas 55 tahun negara merdeka adalah ‘pancutan kurang matang’ dipihak Pakatan Rakyat dan ianya menggambarkan saperti kita ini semua tidak bernegara.

APAKAH NEGARA INI HANYA AKAN BENAR BENAR WUJUD BILAMANA PAKATAN RAKYAT BERJAYA MERAMPAS PUTRAJAYA?

Jadi siapa kita hari ini…apa kita hari ini…dan apa negara kita hari ini?Aku biarkan anda menjawap sendiri soalan itu jika anda semua benar benar percaya dan yakin dengan momokan “Sejarah Versi Pakatan Rakyat” yang menjadi irama siulan sumbang mereka sejak beberapa lama.

Aku juga saperti anda semua,ingin mempercayai bahawa….

Mat Indera,Ibrahim Yakob,Dr Burhanuddin Helmi,Shamsiah Fakeh,Rasyid Maidin,Chin Peng dan senarai yang panjang sewaktu dengan mereka sebagai “PEJUANG BANGSA DAN NEGARA” saperti yang anda semua ingin mempercayai…

Tetapi TIDAK…

Mereka semua ini adalah PENGKHIANAT BANGSA DAN NEGARA jika anda semua benar benar iklas ingin mengetahui dan berusaha untuk mengetahui.Kerana….

SEJARAH DAN FAKTA TIDAK BOLEH BERBOHONG…dan

Semuanya ada diluar sana untuk anda terokai dan cari jika anda benar benar IKLAS.

P/S : Kalau ‘Peristiwa Bukit Kepong’ nak dijadikan sandaran konon nya penentangan terhadap ‘talibarut British’,ingin aku bertanya….BILA PULAK KITA PERNAH DIJAJAH OLEH BRITISH?