Usaha pembangkang untuk sabotaj kejayaan Tweet-up Merdeka gagal.

#SayalahBotMerdeka55 – Menjawab pihak yang mempertikaikan kejayaan #TweetMerdeka dan #Merdeka55


Alat pengukur tweet pro-pembangkang, Politweet antara yang pertama membangkitkan isu penggunaan `bot’ dalam Tweet-up Merdeka. Ini sudah dijangka kerana cara Politweet memaparkan analisis mereka juga sudah berpidak dan bias kepada pembangkang. Misalnya klik kepada senarai politician. Pada muka ini lebih ramai senarai ahli politik pembangkang yang diletakkan agar bila analisis dibuat, analisis yang dibuat akan memihak kepada pembangkang.

Kedua: Ada dua isu yang dibangkitkan bagi pembangkang dalamTweet-up ini. Pertama – kononnya, tweet ini adalah tweet palsu Kedua – tweet ini dihasilkan oleh bots.

Saya telah meminta penjelasan apakah yang dimaksudkan oleh pihak yang mempertikaikan jutaan tweet rakyat Malaysia yang patriotik ini sebagai `Fake Tweets’ atau ‘Tweet Palsu’ dan berapakah jumlahnya dari 3.6 juta tweet yang direkodkan. Jawapan yang diterima – “Fake tweets: Tweeted by bots. I don’t know how many were bots, I am remarking on the fact that bots were used at all.
Jadi jika mereka mentafsirkan tweet palsu sebagai tweet yang dihasilkan oleh bots, maka kita kena faham apakah bots itu yang sebenarnya. Soalan saya seterusnya, takrifkan dulu apa maksud `bots’. Jika bots dapat ditafsirkan, maka barulah kita boleh tahu yang mana satu tweet palsu dan yang mana satu tweet rakyat Malaysia yang sebenar. Dari situ barulah kita dapat mengira jumlah tweet sebenar untuk #Merdeka55.

Jawapan yang saya terima adalah – “There are scripts to auto-tweet from fake accounts. Signs of this : Less authentic activity, similar tweets across accounts.”

Soalan saya – 1. jika tweet tersebut bukan dari `fake accounts’ maka ia bukan tweet palsu. maka untuk tujuan perbincangan kita perlukan definisi `fake accounts’.

Soalan 2. adakah maksudnya selagi tweet itu datang dari akaun yang bukan `Fake Account’ maka tweet yang dihasilkan, walaupun sama, akan dianggap sebagai tweet yang benar dan bukan tweet palsu?

Ini penting kerana ada pengguna twitter yang memilih untuk menyampaikan tweet yang sama atas alasan mereka sendiri. Jadi jika ianya dari akaun yang mempunyai pemilik sebenar, tweet ini tidak boleh dikira sebagai `Tweet Palsu’.

Bagi saya, ada beberapa motivasi untuk menghantar tweet merdeka menggunakan #Merdeka55. Salah satu darinya mungkin kerana insentif yang diberikan oleh penganjur, kedua mungkin kerana semangat rakyat Malaysia yang berkobar-kobar untuk memecahkan rekod dunia.

10,000 orang yang berdaftar untuk tweet-up di Stadium Bukit Jalil sudah tentunya bukan bots.

Ratusan ribu rakyat Malaysia yang menghantar tweet dengan #Merdeka55 juga bukan bots. Saya sendiri menghantar lebih daripada 20 tweets tidak termasuk RT dalam tempoh sejam semasa malam merdeka. Kalau bukan kerana batteri habis, atau jika saya berada di kawasan yang akses internet lebih pantas, saya mungkin dapat menghantar lebih dari itu. Takkan la saya tidak boleh menghasilkan 30 tweet dengan #Merdeka55 dalam masa 60 saat? Saya percaya ramai yang tweet lebih dari 10 tweet pada malam itu.

Tafsirkan dulu `bots’ dan `fake accounts’ dengan jelas. Dari perbualan saya dengan orang yang mempertikaikan tweet Merdeka di atas, dia sendiri keliru dan tidak pasti apa tweet dari bots yang sebenarnya. Mungkin dia juga bersependapat bahawa jika ada sejumlah atau sekumpulan pengendali tweet yang memilih untuk menghasilkan tweet yang sama, asalkan mereka pengendali yang sebenar, maka itu bukan tweet palsu yang dihasilkan oleh bots.

Mungkin ramai daripada golongan yang mempertikaikan kejayaan Tweet Merdeka ini begitu malas untuk mencari definisi bots atau mereka sudah sedar bahawa hujah mereka tidak boleh dipakai, maka di bawah ini saya perturunkan beberapa definisi bots:

1. A software program that imitates the behavior of a human, as by querying search engines or participating in chatroom or IRC discussions.

2. (roBOT) A program used on the Internet that performs a repetitive function such as posting a message to blogs or newsgroups or searching for information or news. Bots often reside in the background waiting to respond to certain conditions. The term is used for myriad “intelligent agents” that continuously or periodically perform some function. See botnet, spider, spambot and agent.

3. A bot (short for “robot”) is a program that operates as an agent for a user or another program or simulates a human activity. On the Internet, the most ubiquitous bots are the programs, also called spiders or crawlers, that access Web sites and gather their content for search engine indexes.

A chatterbot is a program that can simulate talk with a human being. One of the first and most famous chatterbots (prior to the Web) was Eliza, a program that pretended to be a psychotherapist and answered questions with other questions.

Red and Andrette were names of two early programs that could be customized to answer questions from users seeking service for a product. Such a program is sometimes called a virtual representative or a virtual service agent.
Di bawah ada dua lagi artikel yang menjelaskan perkara ini, yang di bawah turut membongkarkan penipuan oleh Harakah.

Kemungkinan Sabotaj Pihak Pembangkang di dalam Tweet Merdeka #Merdeka55
http://truthvaccine.blogspot.com/2012/09/kemungkinan-sabotaj-pihak-pembangkang.html#ixzz25UCh0YDm

1. HarakahDaily ada mengeluarkan artikel (Baca di sini) mengenai Tweet Merdeka yang kononnya memalukan kerana terdapat bots ataupun kiriman tweet secara automaton serta akaun palsu (fake account).

2. Perkara ini turut disebut oleh MalaysiaKini. (Baca di sini)

3. Tetapi Harakah Daily tidak terlebih dahulu memahami tentang Tweet Merdeka itu sendiri dan sistem yang digunakan oleh Twitter.

4. Lebih malang lagi apabila penulis MalaysiaKini, Nigel Aw secara bodohnya telah mengaitkan dengan Tweet Merdeka ini dengan undi Pilihanraya. Rekod tweet terbanyak dalam masa sejam membolehkan satu akaun tweet untuk mengirimkan tweet sebanyak mungkin tweet dalam masa sejam bukannya satu akaun satu tweet sahaja.

Tweet Merdeka.

1. Tweet Merdeka adalah satu kejadian yang dirancang untuk menempa dua rekod baru di dalam Malaysia sekaligus meletakkan nama di dalam Malaysia Book of Records.

2. Rekod yang ingin ditempa adalah:

a. Himpunan Twitter Terbesar di Dunia (Sasaran 10,000 peserta)

b. Tweet terbanyak di dalam masa satu jam menggunakan #Merdeka55 (Sasaran 20,000 untuk rekod, 100,000 sasaran penganjur, 1,000,000 sasaran DSU Rais Yatim)

3. Maka cubaan terhadap 2 rekod ini bukanlah politikal malahan bersifat patriotik kerana hendak menaikkkan nama Malaysia sebagai pemegang rekod dunia di dalam arena media sosial.

4. Tetapi malangnya, sifat pembangkang yang selalu hendak menidakkan kejayaan Malaysia seperti mana sebelum ini dilakukan terhadap Dato’ Lee Chong Wei masih lagi tidak berubah.

Pemahaman Tentang Rekod Tweet Terbanyak Dalam Sejam.

1. Twitter adalah satu sistem terbuka yang membolehkan sesiapa sahaja mendaftar sebagai pengguna.

2. Promosi tentang cubaan menempa rekod ini sudah berlangsung lebih daripada sebulan dengan penglibatan selebriti tanah air sendiri seperi Fizo Omar, Lisa Surihani, Shaheizy Sam dan ramai lagi.

3. Malah, Tweet Merdeka langsung tidak menghalang ahli politik pembangkang untuk turut sama mengirim Tweet menggunakan #Merdeka55.

4. Maka, sebagai rakyat Malaysia yang patriot, tidak salah untuk berusaha mengirimkan tweet sebanyak mungkin pada waktu tersebut. Dengan sikap rakyat Malaysia yang tidak pernah dan mahu mengaku kalah, maka usaha ini dijalankan dengan bersungguh-sungguh.

5. Malah, dengan hadiah cabutan bertuah yang ditawarkan dan peluang untuk berinteraksi dengan PM @NajibRazak secara lansung juga menaikkan lagi semangat rakyat Malaysia untuk mengirimkan tweet sebanyak mungkin.

6. Di atas pemahaman ini, mungkin terdapat segelintir rakyat Malaysia yang cuba mengambil peluang untuk menaikkan lagi kebarangkalian untuk mereka memenangi hadiah ataupun menjadi pilihan tweet untuk dibalas oleh PM.

7. Maka pelbagai cara diusahakan untuk mencapai perkara tersebut.

8. Maka penggunaan sistem seperti Tweet Deck untuk mengirimkan Tweet secara pukal tidak dapat dihalang.

9. Malah, ini juga membuka peluang untuk pihak luar yang tidak bertanggung jawab untuk sabotaj cubaan ini.

Kemungkinan Sabotaj Pembangkang.

1. Tidak sampai sehari, HarakahDaily dan MalaysiaKini telah mengeluarkan artikel yang menyatakan tentang wujud bots, akaun palsu dan lain-lain lagi hal untuk mengurangkan integriti terhadap cubaan terhadap rekod tersebut.

2. Perkara ini mungkin dirancang sendiri oleh pihak pembangkang. Mereka mungkin memasang beberapa akaun palsu, bots untuk turut serta bersama di dalam #Merdeka55, kemudian mendakwa bahawa Tweet Merdeka ini tidak sah dan terdapat cubaan menipu dan sebagainya.

3. Tetapi barang siapa yang turut serta tweet semasa jam 8.12 mlm sehingga 9.12 malam langsung tidak dapat melihat timeline Twitter pada waktu tersebut kerana terdapat lebih kurang 1003 tweet dikirimkan dalam masa 1 saat secara puratanya.

4. Maka mereka yang dapat kesan tweet berulang ini barangkali telah merancangnya terlebih dahulu kemudian kononnya mendedahkan perkara ini sebagai akaun palsu langsung memburukkan nama pihak Kerajaan yang mengumumkan kejayaan ini.

5. Malah sehari sebelum kejadian, pihak Telco yang telah menaikkan sistem kapasiti jalur lebar di stadium telah disabotaj dan pelbagai masalah lagi yang berlaku sebelum hari kejadian.

6. HarakahDaily dan juga MalaysiaKini menggunakan PoliTweetOrg sebagai bahan rujukan mereka.

7. Namun begitu, PoliTweetOrg tidak mengumumkan apakah sistem yang digunakan untuk mendapatkan maklumat tersebut.

8. Ini kerana kami mendapat laporan bahawa terdapat beberapa sistem yang digunakan untuk memantau #Merdeka55 ini mencapai limitasi mereka kerana terlalu banyak tweet dikirimkan pada sela masa tersebut.

9. Terdapat juga kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh PoliTweetOrg yang menyokong Tweet Merdeka tidak diketengahkan oleh HarakahDaily dan juga MalaysiaKini.

10. Mereka memilih untuk mengeluarkan kenyataan yang membina persepsi negatif orang awam terhadap Tweet Merdeka #Merdeka55.

11. Ini adalah satu sikap yang sangat tidak patriotik yang ditunjukkan oleh media pro pembangkang.

12. Sepatutnya usaha ini disambut oleh seluruh rakyat Malaysia tidak kira parti politik kerana yang dijulang adalah nama Malaysia itu sendiri pada akhirnya.

Read more:
http://truthvaccine.blogspot.com/2012/09/kemungkinan-sabotaj-pihak-pembangkang.html#ixzz25UCh0YDm

Menjawab Tuduhan Harakahdaily Terhadap #Merdeka55
http://anginperubahan.blogspot.com/2012/09/menjawab-tuduhan-harakahdaily-terhadap.html

Akhirnya Harakahdaily terbukti menipu lagi. Menjawab tuduhan yang dilemparkan oleh Harakahdaily berkenaan dalam artikel ini.