Dengan izin Allah swt satu permukiman yang melibatkan 50 Bloggers Politik pilihan Pak Habib akan berlangsung pada 29 & 30hb September (Sabtu dan Ahad) akan datang di Wadi Hussein,Janda Baik.Penyertaan adalah terbuka kepada semua penulis blog politik tidak mengira ideologi politik mereka tetapi untuk permukiman julung julung kali ini hanya blog politik yang telah dikenali dialam maya yang akan dipilih oleh Pak Habib.InsyaAllah selepas ini Pak Habib akan bersama anda yang baru nak berjinak jinak dengan penulisan politik untuk berkongsi ilmu.

Dalam permukiman yang akan berlangsung mulai tengahari Sabtu 29hb dan akan berakhir pada petang 30hb Sept akan datang ini,Pak Habib akan berkongsi ILMU PENULISAN POLITIK beliau disamping berkongsi lain lain ilmu mengenai kehidupan dan bagaimana menjadi manusia luarbiasa(blogger luarbiasa).Pastinya peluang sebegini tidak akan datang hari hari dalam kehidupan kita sebagai seorang penulis blog politik dan apalagi ianya datang dari seorang penulis yang telah menghasilkan hampir 60 buah buku buku politik sepanjang hidupnya sebagai penulis dan pemerhati politik.

Photo

Kita juga sama sama akan berpeluang berinteraksi sesama kita bloggers yang berlainan aliran politik yang selama ini kita hanya kenali dialam maya dan dengan nama pena mereka.Bloggers kontrovesi saperti Uncleseekers,APA,Kerajaan Rakyat dan ramai lagi pastinya akan mewarnai permukiman kita semua kelak dan inilah peluang untuk kita semua berdebat secara terbuka mencari titik persamaan antara kita semua.Apatahlagi keheningan Taman Hana yang mengelilingi Wadi Hussein pastinya membuat setiap jiwa yang berkunjung kesini merasa ketenangan yang payah nak digambarkan.Itulah pengalaman yang APA rasa sejak beberapa kali mengunjungi Pak Habib di Wadi Hussein.

Photo