Aku dengan Tukar Tiub ini bukan ada masaalah peribadi pun.Bagi aku setiap blogger ada caranya tersendiri berkarya dan TT dengan caranya yang aku pun suka.Tapi bila sebelum sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 dia duk promo bendera Sang Saka Malaya yang buat aku hangin satu badan.

Pada aku buatlah apa saja dan cakaplah apa kau suka tapi bila sampai tahap mempertikaikan keberadaan negara ini dengan mempertikai Jalur Gemilang dan Lagu Kebangsaan yang dah diterima pakai rakyat dan masyarakat antarabangsa sejak 55 tahun dulu,itu sudah terlebeh kelepeh kata orang Jolobu.Jadi agak agaklah bro kot iyapun benci sangat kat Umno dan BN…

Tak lamo lai kito rayo sekali lagi,kali ini kito rayo memilih sapo lak nak memerintah negaro ni.Time tu ekau bueklah apo yang patut bagi gang ekau jadi Perdano Menteri.

Tapi jangan sesekali cuba mempermainkan bendera dan lagu kebangsaan kita demi kepentingan politik yang lu dukung bro.Tak dek sebab tukar bendera dan tukar lagu Pakatan Rakyat boleh menang PRU,semuanya bergantung kepada undi dan kemahuan rakyat bro.Begitu jugak lu asyik berkempen suruh orang memilih kerajaan diatas jalanraya dan bukan dalam pilihanraya,itu pun dah kira mental tahap kronik bro.Lu bukan orang tak cerdik bro..lu lebih dari cerdik.

Jadi kepada pihak berwajib,jenguk jenguklah blog sahabat kita ini dan berilah nasihat apa yang perlu terutama menteri yang kerjanya menjaga ‘keris’.Jangan bila dah terpancut baru nak pakai kondom.

Satu soalan akhir bro….

Bendera Sang Saka yang lu duk promo kat blog lu tu ada macam bendera yang budak budak kat bawah ini bawak ke?Saja nak pastikan saja….