Ha ha tersenyum aku baca entri terbaru bro Nuar pasal DS Ahmad Zahid Hamidi melawat beliau dirumahnya selepas beberapa hari beliau keluar dari IJN.Tersenyum bukanlah kenapa…tapi tersenyum kerana DS berani mengambil risiko melawat seorang blogger yang teruk dikecam sebagai ‘TROJAN HORSE ‘ selama ini oleh beberapa pihak.

Siap beli aiskrim depan rumah lagi.Ada nostalgia ke beli aiskrim macam tu Dato Seri?

Tapi yang tak patutnya si Razman ni tak bawak DS singgah bilik stor tempat aku tinggal sekian lama sejak dikencing Umno yang DS jadi Naib Presiden nya walaupun bilik stor aku tak jauh dari rumah bro Nuar.Kah kah kah…aku tak kecik hati pun sebab dah biasa dengan perangai ‘haramja’ kebanyakan pemimpin Umno.Sebab tu walaupun tak dijemput naik Charlie ke Kuantan bersama editor lain tempohari pun aku tak boleh nak ambik hati walaupun sehari sebelum tu aku buat coverage untuk program rumah terbuka DS dan Isterinya di Mindef.Sebab pemimpin Umno tetap macam pemimpin Umno….dulu,kini dan selama lamanya.

Cuma entri aku lepas ini aku nak godek balik pasal repot polis KJ terhadap page Pemuda Umno Malaysia yang dikatakan palsu dan dipalsukan pihak tertentu.Aku nak bagi panas sikit suasana kem PUM.Mana boleh duk diam diam selepas menyalak sana sini menafikan dan buat polis repot?

Panassssssssssssssssssss

P/S : Sebenarnya aku bukan nak usik KJ sangat tapi aku nak jentik telur Bapak Mertua dia sikit bagi rasa sengal.Kalau aku usik orang tua yg dah nak mampussin tu takde faedah pun…jadi aku usik menantu kesayangan dia si KJ ini.Jadi bro KJ no heart feeling ya?Its purely business..