Dalam entri bertarikh 6 Sept bertajuk  “KJ kantoi ke?” aku ada tanya pendirian Ketua Pemuda Umno ini berhubung penafian dia sebelum ini berhubung kewujudan page PEMUDA UMNO MALAYSIA saperti diatas sehingga membawa kepada satu laporan polis dibuat meminta siasatan terhadap pengendali page tersebut dilakukan.Sehingga kini senyap dan sunyi,maka betul lah kata Tun M...”Melayu Mudah Lupa”,dan selepas 14 hari apa isu yang timbul pun akan dilupakan.

Mulanya memang aku tak mau campur pasal geli telinga aku mendengar penafian demi penafian yang dibuat berbagai pihak sehingga meleleh taik telinga aku keluar.Tapi dalam menghadapi PRU13 yang bakal menyusul sengaja aku nak uji kesiapsiagaan troopers Umno/BN dalam menghadapi serangan macam ini terutamanya kalau serangan itu datang dari dalam ‘kubu sendiri’.

IMEJ VIDEO INI JANGAN DILUPA YA BRO…

Hari ini aku timbulkan sekali lagi isu yang sama,tapi bukan sebab aku nak uji kesiapsagaan korang tapi sengaja AKU NAK JENTIK TELUR KJ SUPAYA PAK MERTUA DIA RASA SENGAL.

Jadi kepada saudara KJ sila jawap….

APAKAH SAUDARA MASIH TIDAK BERGANJAK DENGAN PENDIRIAN SAUDARA SEBELUM INI ATAU SAUDARA SUDAH MAHU MENGUBAH PENDIRIAN SAUDARA?

Jadi aku tunggu jawapan saudara atau saudara mahu ‘bapak mertua’ saudara TUN ABDULLAH HJ AHMAD BADAWI tolong jawapkan bagi pihak saudara?

Kah kah kah…seronok gak sesekali jentik telur orang berkuasa yang punya wang ratusan juta.

P/S : Berpegang pada pesan Tun M yang Melayu mudah lupa dan akan melupakan sesuatu isu selepas 14 hari maka aku simpan segala “PANADOL”,menanti sehingga 7 hari sebelum PRU13 supaya MELAYU TAKKAN LUPA!