Tak lama lagi Budget 2013 akan dibentang Perdana Menteri di Parlimen.Membaca artikel sahabat blogger Medan Info Kita mengingatkan aku kembali akan detik detik cemas malam 14 Dis 2009 bilamana Barisan Nasional hampir hampir ‘kehilangan kuasa’ memerintah kerajaan pusat kerana sikap acuh tak acuh Ahli Parlimen BN terhadap peri pentingnya pengundian kelulusan sesuatu budget yang dibentangkan oleh Perdana Menteri setiap tahun.Kegagalan budget yang dibentangkan kerajaan mendapat kelulusan Dewan Rakyat beerti secara teknikalnya ‘kehilangan kepercayaan untuk terus memerintah’ dan secara teknikalnya pihak pembangkang boleh mengambil alih kerajaan pusat.

Aku tak mahu nak potpet apa yang sebenarnya terjadi malam itu kerana korang boleh baca kat SINI,cuma aku nak tempek muka muka mereka yang “terponteng” malam itu sebagai peringatan agar perkara yang sama tidak berulang 28 September nanti….

Terima kasih sahabat MIK atas gambar yang aku cilok tanpa kebenaran ini…

Kalau kita tenguk semua wajah wajah kat bawah ini,merekalah yang berkokok berderai derai siang dan malam konon nya nak pertahankan kerajaan hari ini.Tapi bila difikirkan insiden malam 14 Dis 2009,apa yang boleh aku katakan….macam haramja!

MENTERI
Tambun – Husni Hanadzlah, Tasik Gelugor – Nor M Yackop, Penampang – Bernard Dompok, Sembrong – Hishamuddin, Bagan Datok – Zahid Hamidi
Semporna – Shafie Apdal, Marudu – Maximus Ongkili, Betongi – Douglas Uggah, Pasir Gudang – Khaled Nordin, Jelebu – Dr Rais Yatim

Jeli – Mustapa Mohamed, Lumut – Kong Cho Ha, Kemaman – Shabery Cheek, Tampin – Shaziman Mansor

Tg Karang – Noh Omar, Segamat – S Subramaniam, Raub – Ng Yen Yen, Kimanis – Anifah Aman

TIMBALAN MENTERI

Baram – Jacob Dungau, Bt Pahat – Puad Zarkashi, Beaufort – Lajim Ukim, Cam Highland – Devamany

Jerlun – Mukhriz Mahathir, Kampar – Lee Chee Leong, Kluang – Hou Kok Chung, Larut – Hamzah Zainuddin
Muar – Razali Ibrahim, Papar – Rosnah Shirlin, Pontian – Ahmad Maslan, Sg Besar – Noriah Kasnon
AHLI PARLIMEN – BUKAN AHLI KABINET MENTERI

Alor Gajah – Fong Chan Onn, Bintulu – Tiong King Sing, Bukit Katil – Md Sirat, Bt Sapai – Edmund Chong, Batang Sadong – Nancy Shukri

Gelang Patah – Tan Ah Eng, Gua Musang – Razaleigh Hamzah, Hulu Rajang, Billy Abit, Igan – Abd Wahab, Jerantut – Tengku Azlan

K Batas – Abdullah Badawi, K Kangsar – Rafidah Aziz, Kalabakan – Ghapur Salleh, Kangar – Radzi Sh Ahmad, Keningau – Joseph Pairin

Kinabatangan – Bung Mokhtar, K Tinggi – Syed Hamid Albar, Kulai – Ong Ka Ting, Lanang – Tiong Thai King, Lawas – Henry Sum Agong

Libaran – Juslie Ajirol, mamboing – James Dawos, Mas Gading – Tiki anak Lafe, Mukah – Leo Michael Toyad, Pasir Salak – Tajuddin Ramli

Padang Besar – Azmi Khalid, Pengerang – Azalina Othman, Pulai –Nur Jazlan, Putatan – Makcus Mojigoh, Putrajaya – Tengku Adnan

Rembau – Khairy Jamaludin, Rompin – Jamaluddin Jarjis, Seria – Richard Riot, Setiawangsa – Zulhasnan, Sibuti – Ahmad Lai Bujang

Tebrau – Teng Boon Soon, Tg Batu – Idris Haron, Tg Malim – Ong Ka Chuan, Tg Manis – Norah Rahman, Tuaran – Mujilip Bumburing

Dimaklumkan juga bahawa seramai lima [5] Senator yang dilantik menjadi Menteri dan tujuh [7] lagi Senator yang turut dilantik sebagai Timbalan Menteri tidak layak untuk menyertai pengundian didalam Dewan Rakyat.