Perompak perompak ini terpaksa menabur wang yang mereka rompak dari Bank of America di Santa Clarita,Los Angeles untuk menghalang dari dicekup polis.Merasakan mereka akan gagal meloloskan diri dari kereta peronda polis yang mengekori mereka,maka mereka cuba jadi “Robin Hood Terpaksa” dengan menabur wang disepanjang perjalanan.

Selepas 90 min,drama kejar mengejar ini berakhir bila laluan mereka dihalang oleh sebuah truck pick-up dan mereka berjaya ditahan pihak polis.Ada juga orang ramai yang cuba menghalang polis dari menangkap penjenayah ini kerana merasakan mereka ini saperti Robin Hood…merompak orang kaya untuk diberi kepada orang miskin.