Aku memang nak menulis perkara yang dibangkitkan sahabat Anuar Mohd Nor “Menyentuh Rakyat” sejak seminggu yang lalu.Tapi entah kenapa artikel yang aku garap bertajuk “Barisan Nasional ‘halal’ Vs Pakatan Rakyat ‘haram’ “ yang menyentuh perkara yang hampir sama terhenti setakat 3 paragraf sahaja dan kekal dalam bentuk draft sehingga hari ini.

Memandangkan saudara AMN dah menyentuh perkara asas yang amat penting yang sepatutnya dah lama dilakukan baik oleh pemimpin mahupun pengamal media baru pro kerajaan,maka aku akan hanya menyentuh beberapa perkara yang mungkin nampak remeh,tapi harus difikirkan oleh semua pihak yang aku sebut diatas jika ianya mahu diterjemahkan kepada undi untuk Barisan Nasional dalam PRU akan datang.

Kehadhiran ribuan,puluhan ribu atau ratusan ribu sekalipun pengunjung ke rumah rumah terbuka hariraya pemimpin Umno bukanlah mencerminkan sokongan padu rakyat terhadap kerajaan di peti peti undi kelak kerana menghadhiri rumah terbuka pemimpin kerajaan sambil menikmati jamuan percuma dah jadi aktiviti kegemaran rakyat Malaysia menghabiskan cuti panjang sempena sesuatu perayaan.Mungkin kerana memang kita suka sesuatu yang percuma atau mungkin kerana kengkangan kewangan kebanyakan dari kita tidak mampu untuk menghabiskan masa cuti panjang di resort resort peranginan yang bersepah seluruh negara.Jadi jom kita serbu mana mana rumah terbuka…

Tapi sudahkah kita melakukan perkara yang MAHA PENTING?

Iaitu menyentuh dan mendekati hati nurani rakyat….

Apa yang aku lihat sejak sekian lama pemimpin mahupun pengamal media baru pro kerajaan lebih terjurus kearah menyerang dan menjatuhkan kredibiliti pemimpin pemimpin Pakatan Rakyat.Tidak dinafikan ianya memberi kesan bila mampu mendedahkan ‘rahsia’ peribadi pemimpin yang selama ini tidak diketahui oleh rakyat,tapi harus diingat kaedah ini ada ‘tarikh luput’ nya.Terus terusan menggunakan kaedah yang sama akhirnya akan memerangkap diri kita sendiri bila rakyat mula mual dengan politik menghina,mencerca dan mengaibkan seseorang individu tidak mengira dari parti mana mereka.

Memanglah ada yang akan berkata,apa kurangnya pemimpin atau pengamal media baru Pakatan Rakyat merekalah sebenarnya ‘pencetus’ budaya fitnah,mencerca dan memaki hamun ini?Tapi kalau orang berak tengah jalan takkan kita pun  nak ikut berak tengah jalan?Owang putih kata,“Two Wongs(wrongs) dont make one White(right)”.Memanglah kita kena membela dan menjawap setiap tomahan dan fitnah,tapi turut sama menjadi “pemitnah dan pencerca tegar” hanya memburukan imej kita sendiri dimata rakyat.

Sedar atau tidak kebanyakan kita telah terkena “jerat” yang dipasang oleh mereka disebelah sana.Jerat apa itu?Jerat ‘fitnah dan pencaci tegar’ yang suatu waktu dulu menjadi ‘pakaian’ pemimpin dan pengamal media mereka.Hari ini tak dinafikan masih ada  dari kalangan mereka sebelah sana yang masih main senjata ‘fitnah dan caci’ ini tapi ianya sekadar untuk menggabui mata pemimpin dan pengamal media pro kerajaan untuk terus ‘aktif ‘ berbuat perkara yang sama,dalam masa yang sama majoriti dari mereka lebih memfokuskan isu isu yang lebih dekat dengan hati nurani rakyat.Mereka dah lama membuat ‘diversion’ dan membiarkan pengamal media pro kerajaan terus mengekuri isu isu yang dimainkan oleh ‘decoy decoy’ yang sengaja di wujudkan untuk kita terus kekal dalam ‘kancah’ fitnah dan cercaan.

Pernah suatu ketika dulu aku mengingatkan sahabat sahabat bloggers agar jangan terlalu ghairah dan ego dengan kejayaan kita mengunguli carta blogsphera.Agak mustahil bagi bloggers Pakatan Rakyat tiba tiba tewas dimedan blogsphera yang telah diungguli mereka sejak sebelum PRU 08 lagi,diwaktu kebanyakan kita belum pun lagi mengenal apa kepentingan ‘peperangan siber’ itu dan mungkin lebih teruk ‘buta IT'(macam aku sebelum 2010).Tidak mustahil kita diberi ‘walkover’ oleh mereka supaya kita merasa ‘hebat’ walaupun hakikatnya kita ‘tak hebat’ mana pun.Apalagi ‘kejayaan’ yang kita kecapi adalah apa yang mereka telah lakukan dan kecapi sebelum PRU08.

Apakah mustahil mereka mempunyai ‘senjata lebih ampuh’ untuk mendepani kita semua dimedan PRU13 nanti?

Barang diingat jentera siber Pakatan Rakyat mendapat bimbingan ‘kepakaran propaganda luar negara’ yang kerja mereka memang khusus untuk memporak perandakan kestabilan politik sesebuah negara yang menjadi target mereka.Sebab itu bila ‘ranking terbaru’ yang mereka keluarkan menunjukan mereka telah ‘merampas kembali’ carta 10 Terbaik dari tangan bloggers pro kerajaan ianya sesuatu yang harus dipandang serius dan dikaji dengan teliti oleh semua pihak.

Kalau selama ini pengamal media pro kerajaan ‘gagal’ menyerlah dalam flatform Facebook,Tweeter dan Youtube,apakah implikasinya terhadap perang siber bila blogsphera juga telah mula kembali di ungguli oleh mereka?Renungkan buat seketika…..

Jadi rentikanlah ‘serangan serangan bodoh’ terhadap Anwar,Nik Aziz,Karpal,Kit Siang dan siapa juga  dari sebelah sana yang korang ‘perasan’ selama ini sebagai satu ‘kejayaan besar’ sedang hakikatnya korang mengHEROkan mereka dimata rakyat.

Nama nama yang aku sebutkan diatas tidak penting dalam perjuangan Pakatan Rakyat untuk menumbangkan Barisan Nasional/Umno dan seterusnya merampas Putrajaya.Mereka semua sekadar IKON PENENTANG kerajaan yang ada hari ini yang dianggap zalim dan tebal dengan rasuah oleh sesetengah pihak.Malam ini kalau SEMUA MEREKA INI MATI diserang sakit jantung,PASTI besuk pagi akan lahir ikon ikon baru yang bakal mengganti mereka atas perjuangan yang sama.Siapa juga rakyat yang merasa kerajaan yang ada hari ini sebagai ZALIM dan PEGAMAL RASUAH TEGAR akan menganggap siapa sahaja yang berani menentang kerajaan sebagai hero dan ikon mereka sama ada mereka ini Anwar Ibrahim,Nik Aziz,Kit Siang,Azmin,Hj Hadi,Guan Eng,Karpal ataupun bukan.

Jadi tak perlu buang masa setiap saat cuba memburukan peribadi mereka bila mana ‘rakyat penentang’ dan penyokong mereka tak ambil peduli sama ada Anwar suka lubang depan,lubang belakang,lubang hidung ataupun lubang telinga dalam perlakuan seks pelik dia…mereka tak kisah sama ada Nik Aziz nakkan Hudud atau tak mahukan Hudud…bongkarlah apa skandal sekali pun tentang pemimpin sebelah sana sebab pemimpin sebelah sini pun sama kuat skandal mereka.So What?

Yang penting…UMNO DAN BN MESTI DITUMBANGKAN AT ALL COST!

Isu Pas bersekongkol dengan kafir harbi DAP tak banyak bezanya dengan perkahwinan Umno dengan MCA dan Gerakan sejak sekian lama kerana kesemua 3 kumpulan parti Cina terbesar ini tak pegang pun pada Syahadah yang kita semua pegang.So What?

Jadi ada lebih baik penggiat media pro kerajaan mula memfokuskan isu isu yang melibatkan rakyat dari terus bermain ‘senjata tumpul’ peribadi pemimpin pemimpin mereka kerana ini lebih relevan dalam memenangi hati pengundi yang akhirnya menentukan setiap kemenangan atau kekalahan peti peti undi yang ditandingi kelak.

Perkara akhir yang ingin aku sentuh adalah tentang kesepaduan bloggers pro PR jika nak dibandingkan dengan bloggers pro BN.Bukan tidak wujud persengketaan diantara mereka tapi mereka bijak menyembunyikan nya sehingga hampir tiada kedengaran langsung ianya diperdebatkan secara terbuka.Semuanya diselesaikan dengan semangat setiakawan berpaksikan satu matlamat perjuangan yang sama.

Berbeza dengan bloggers pro BN, mereka gemar melakukan nya secara terbuka.Tak perlulah aku nak perincikan disini kerana ianya bukan lagi ‘rahsia’ dan aku sendiri pernah terlibat didalam beberapa siri persengketaan sama ada secara peribadi atau berkumpulan.Semuanya dikatakan berpunca dari masaalah perebutan DANA yang konon nya disalurkan sama ada melalui Umno atau agensi agensi tertentu.Seingat aku Kickdefella dikatakan pernah menerima dana jutaan RM tapi kita tak pernah pula dengar bloggers PR potpet potpet pasal ini.Hanya setelah Kickdefella meninggalkan perjuangan bersama mereka barulah khabar angin mengenainya tersebar.

Satu lagi ‘perangai pelik’ bloggers pro BN yang tak ada pada bloggers pro PR ialah sikap memboikot sesama sendiri dan tidak memberi pautan kepada bloggers seperjuangan yang tidak sehaluan dengan sesuatu kumpulan.Sikap ini jika dipandang secara halus tidak banyak bezanya dengan ‘tindakan mensabotaj’ rakan seperjuangan sendiri.Jadi inilah beberapa permasaalahan utama menjadi bloggers pro BN jika nak dibandingakan dengan rakan rakan sebelah sana.

Jadi bila berada dalam satu saf perjuangan yang bengkang bengkok maka mana mungkin gerak kerja menyerang dan bertahan dapat diselaraskan demi mendapatkan impak maksima psywar masing masing.Maka berlakulah sindrom “Hantam Sajalah Labu” dalam memenuhi KPI ciptaan masing masing tanpa keseragaman yang sepatutnya menjadi SOPnya.Kalau anda rajin tenguk sidebar sebelah kiri blog ini dimana aku bariskan blogger blogger pro Umno,anda pasti akan tersenyum sendirian melihat tajuk tajuk artikel(isu) mereka saban hari.Itu belum lagi diambil kira blogger blogger yang ketandusan idea lantas mempaparkan gambar gambar dan artikel 18SX demi terus mendapatkan hits.Tapi hits dari siapa?Pastinya peminat gambar porno dan kanak kanak bawah umur.Tak percaya?Jalankan analisa Alexa anda sendiri terhadap blog blog jenis ini dan anda akan dapat jawapan nya.

Satu lagi yang amat ketara blog blog baru pro BN yang tumbuh macam cendawan lepas hujan ini kebanyakan nya blog COPYCAT.Kebanyakan mereka nak jadi macam Papagomo,Parpukari,GAP,RBF,Double Y dan ramai lagi otai otai bloggers yang lain.Sedangkan hanya ada seorang saja Gomo,Parpu,RBF,GAP,Double Y atau mana mana bloggers yang dah menempa nama dialam siber ini dan alam maya ini tidak memerlukan bloggers copycat.Kebanyakan mereka gagal mencipta identiti mereka sendiri untuk bersaing merebut tempat dihati para pembaca….

Menutup artikel ini aku ingin membuat sedikit pencerahan minda…

BLOGGING DAN MENULIS BLOG SAMA JUGA MACAM KITA MENJUAL PRODUK.JIKA RAMAI YANG SUKA PRODUK KITA MESTI RAMAI YANG MEMBELINYA…

Jadi apakejadah kalau kita asyik jual produk yang tak laku dan tak diminati?

Korang boleh cakap apa saja tentang aku dan artikel ini.Tapi mesti di ingat, AKU PERNAH JADI NOMBOR SATU dan nak jadi nombor satu ianya bukan secara kebetulan.Perlu banyak kerja kuat,masa dan minat terhadap apa yang kita lakukan.Jadi korang nak dengar nasihat orang yang pernah jadi nombor satu atau taukeh blog suam suam kuku?

ARIOS