Menurut satu sumber (boleh ke atau tak boleh dipercayai tak penting) dikatakan 30 Ketua Ketua Bahagian Umno (majoritinya dari Selangor) telah bermuktamar secara SULIT dan membuat ketetapan menolak nama ‘bakal bakal calun yang bukan dari Bahagian Umno’ dan MEMORANDUM dikatakan telah pun diserahkan kepada Perdana Menteri.

Dikatakan hampir 2,000 nama telah disenarai pendek untuk pemilihan terakhir mengisi 576 kerusi Dun dan 222 kerusi Parlimen PRU13(belum ditolak kerusi yang diperuntukan untuk parti komponen) akan datang.Senarai 2000 nama ini datangnya dari semua Bahagian Umno dan 17 agensi agensi yang dipertanggung jawapkan membuat penilaian terhadap bakal bakal calun.Sama ada senarai 2K ini termasuk “CALUN WINNABLE” pilihan hati Perdana Menteri aku pun tak pasti,tapi andaian aku semestinya senarai 2K ini telah merangkumi calun spesis ‘winnable’ ini.

Walaupun dikhabarkan hanya 30 dari 191 Ketua Bahagian(mungkin yang lain pakai proxy kot) sahaja yang menghadhiri ‘muktamar sulit’ ini dan menyampaikan memo kepada Perdana Menteri tetapi memandangkan majoritinya adalah dari negeri Selangor dimana Perdana Menteri adalah Ketua Perhubungan nya bolehlah kita andaikan ianya adalah juga suara Ketua Ketua Bahagian Umno yang lain juga yang tak berapa nak ada ‘kerandut’ untuk kehadapan walaupun mungkin mereka mempunyai fikiran dan agenda yang sama.

Aku difahamkan antara ‘intipati paling penting’ dalam memorandum yang disampaikan kepada Perdana Menteri ialah…“MEREKA MENOLAK BAKAL BAKAL CALUN YANG BUKAN DATANG DARI UMNO BAHAGIAN” atau lebih tepat mereka tidak merestui calun calun dari NGOs atau apa saja yang bukan dari Umno Bahagian….atau lebih mudah mereka menolak calun calun yang dirasakan Perdana Menteri sebagai “WINNABLE”.Amik kau !!!!

Jadi apa implikasinya jika “kehendak” mereka tidak dituruti Perdana Menteri?

Nanti aku tanya cucu aku yang berumur 4 tahun itu untuk mendapat jawapan nya….keh keh keh.