di atas nisan sejarah

ku tuliskan riwayat silamku

dengan darah peperangan

ku tuliskan riwayat silamku

dengan nanah dan tangisan

biar hanyirnya membau perjuangan

biar badinya mengasap kebangkitan
Kepada para pengkaji ilmu,para pencinta sejarah,anak-anak bangsa,para pendidik,negarawan-negarawan,kerabat diraja dan warisan Srivijaya…Dari gerbang para Dapunta dan Bentara,saya…Srikandi membuka bicara dengan seribu syahmura santun nan susila.

Tidak dinafikan bahawa Hang Tuah,seorang komander,negarawan,perancang militari terunggul,laksamana,ketua tentera dan pemikir…dalam manuskrip-manuskrip lama Melayu,menyatakan bahawa ‘Tidak Hilang Melayu Di Dunia’.Ramai akan mencebik dengan kata-kata ini daripada editor majalah lawak,mat-mat kilang,teknokrat sehinggalah Tun Dr. Mahathir Mohamad (dengan maaf) sendiri punya ‘inferior’ terhadap kata-kata ini.Tidak hilang Melayu di dunia,adalah satu ayat yang amat misteri dan apabila ia jatuh ke tangan saya,’The Wizard of History’…saya dengan kuasa sihir ‘channeling’ saya,melihat sehingga 1300 tahun Sebelum Masehi sebuah tamadun satu bangsa yang tidak pupus sehingga ke hari ini sementelah bangsa-bangsa hebat seperti Mesir Purba,Akkadia,Assyria,Media,Phoenicia dan sebagainya pupus sebagai satu ‘state-nation’.

Sargon of Akkadia,Nebuchadnezzar II yang menakluk Judah dan Jerusalem,Nimrod of Mesopotamia yang sezaman dengan Nabi Ibrahim dan Ashurbanipal King of Nineveh adalah mereka yang menyaksikan rahsia di sebalik ayat-ayat Hang Tuah.Ada yang menganggap Hang Tuah adalah fiksyen,namun di mana saya mahu mencampakkan kata-kata ini,”

“Malacca is such importance and profit, that is has no equal in the world. It is a city state made for merchandise, fitter than any other in the world..”

Ini bukan kata-kata Hang Tuah atau Hang Buah…jika kita rasa ia fiksyen,tetapi ini adalah kata-kata Tom Pires,pengembara dan penulis Portugis yang berasal dari Lisbon yang hidup pada abad-16.Begitu juga kata-kata ini,

“Malacca is the richest seaport with the greatest number of wholesale merchants and abundance of shipping that can be found in the whole world..”

dari penulis dan pedagang Portugis,Duarte Barbosa.Jika seorang pedagang yang pakar menyatakan saiz pasaran dan bisnes kepada anda,adakah anda menafikan?Jika saya pergi ke Guangzhou dan menyatakan kepada anda saiz pasaran borong di sana,adakah anda percaya?Pergi tanyalah para ‘pedagang’ di Chow Kit atau Plaza TAR.Jika kita percaya kepada kewujudan Melaka sebagai “greatest number of wholesale merchants and abundance of shipping” dari pedagang luar negara,mengapa tidak kita percaya kepada personaliti Hang Tuah?Pelabuhan perdagangan yang mampu menjalankan bisnes maritim yang berskala besar mengatasi peranan Venice di Itali tidak mungkin wujud tanpa orang-orang yang bersifat negarawan dan bijak dalam siasah perniagaan.

Dahulu orang mencebik tentang kisah Hang Tuah pergi ke Jepun dalam Hikayat Hang Tuah,namun apabila ditemui rekod-rekod hubungan Kerajaan Ryukyu dengan Melaka seperti Maharaja Sho Tako telah mengirimkan utusan dan hadiah kepada Sultan Mansur Shah berupa 2,000 buah mangkuk, 5 buah kipas,20 buah tembikar,5 bilah pedang dan 25 kotak kain sutera,barulah mereka sedar bahawa ada ‘something’ dalam hikayat Melayu lama itu.Tanyalah para pengkaji Jepun tentang rekod-rekod kerajaan Ryukyu dengan Aceh,Siam dan Jawa.

Jika Hang Tuah tidak wujud,Melaka juga tidak wujud.

Jika Melayu hilang di dunia,maka dunia ini juga akan hilang.



Hang Tuah tidak bercakap soal budaya atau identiti.Ya…kita tahu orang Melayu di Singapura semakin terhakis identiti mereka kerana asakan budaya material di sana.Anak-anak Melayu sudah biasa bercakap bahasa Inggeris di rumah.Di utara,anak-anak Melayu tidak kenal bahasa mereka dan bangga berbahasa Thai.Bangsa juga ditukar menjadi ‘Thai Muslim’.Jika saya melihat dari aspek ini,saya akan percaya bahawa Hang Tuah membuang masa saya dan merepek-repek.Tetapi sebenarnya beliau TIDAK MEREPEK.

Hang Tuah bercakap mengenai soal SURVIVAL.Melayu tetap Melayu walaupun diasak berbagai-bagai bencana.Cara mereka bertahan amat unik,menggunakan diplomasi dan tolak ansur.Dengan cara yang aneh ini,mereka bertahan dan tetap wujud walaupun bangsa-bangsa purba sezaman dengan mereka musnah dan pupus tidak bersisa.Hang Tuah tahu,apabila beliau dilantik menjadi ketua angkatan laut Melaka,pada masa yang sama beliau telah menjadi duta dan mendapat tiket untuk mengembara ke seluruh dunia.Dari kerajaan-kerajaan yang dilawatinya,Hang Tuah telah menyedari bahawa kerajaan-kerajaan itu mempunyai sejarah dan rekod perdagangan dengan kerajaan-kerajaan Melayu sebelumnya.Saya tidak hairan dengan kisah Hang Tuah pernah melihat piramid ketika pengembaraannya ke Mesir.Idea nenek moyang berdiri megah di tempat orang.

Jika orang Melayu tidak survive,mereka akan mengikut jejak bangsa-bangsa yang hilang.Mengapa orang Melayu sangat membenci Yahudi?Kerana mereka pernah berurusan dengan mereka beribu tahun yang silam dan kenal perwatakan dan cara orang Yahudi berniaga.Mengapa tulisan Rencong mendekati tulisan Phoenicia?Mengapa ada kosakata Ibrani (Old Hebrew) dalam bahasa Melayu?Mengapa ada perkataan Mesir Purba dalam bahasa Melayu?Mengapa ada persamaan kata dalam bahasa Maya dan Melayu?Why..why…and why…dan senarai ini akan berterusan jika kita tidak memahami cerita di sebalik kata-kata Hang Tuah.

Identiti dan budaya mungkin akan hilang jika kita miskin sejarah.Sejarah adalah benteng terakhir untuk mempertahankan identiti bangsa.Walaupun bahasa dan budaya lenyap sekalipun,jika kita punya jejak sejarah…kita tidak akan pupus.Kaum Inca sudah pupus bahasa dan budaya,namun bukti sejarah masih ada dan dunia masih merakam tamadun mereka.Biar orang Melayu di Thailand dan Singapura pupus budaya dan bahasa namun kita di sini masih punya tanahair.Jika kita masih punya harapan,harapan itu akan menyalakan mimpi-mimpi kita.Jika semua lilin-lilin impian sudah padam,kita hanya perlukan satu sahaja lilin.Satu sahaja.Dengan satu lilin ini,ia akan menyalakan lilin-lilin yang lain.Itulah harapan.Jika anda semua mati dan terpadam di dalam hujan lebat sekalipun,biar saya menjadi harapan yang menyala-nyala.

Bila saya bercakap pasal ‘Tidak Melayu Hilang di Dunia’,saya bercakap pasal sikap optimistik Hang Tuah.Self-confident.Self-esteem.Hang Tuah bercakap berdasarkan pengalamannya sebagai duta dan komander satu empayar maritim yang hanya dikendalikan dari satu ‘seaport’.Jika yang bercakap itu Hang Buah atau Hang Rempit,kita boleh abaikan,tetapi tunggu tuan-tuan dan puan-puan…yang bercakap itu adalah seorang negarawan ulung.Namanya disebut dalam dua manuskrip teragung,Sulalatus Salatin dan Hikayat Hang Tuah.Jika Melaka hanya kampung nelayan yang miskin dan Hang Tuah adalah ketua kampungnya,kita boleh abaikan sahaja tetapi tunggu abang-abang,kakak-kakak…yang berkata itu adalah seorang komander tentera dan pakar sains politik teragung,yang menukar Melaka menjadi Venice Timur Jauh.

“Whoever is lord of Malacca has his hand on the throat of Venice”

-Tom Pires

Jika Hang Tuah adalah fiksyen.Melaka juga adalah fiksyen.

Tom Pires adalah fiksyen,Venice adalah kota Cinderella.


Sumber : Mistisfiles