Bila Tony F membuat kenyataan “And I don’t want to be like some senior politicians who insist on calling the shots long after they’ve handed over the reins,” ramai yang menyangka kenyataan itu ditujukan kepada Tun Mahathir.Sejak beberapa hari lalu ramai bloggers yang mengulas kenyataan Tony F ini sebagai “penghinaan kepada Tun Mahathir”(sindiran) tanpa sedar kenyataan itu sebenarnya ditujukan kepada Pak Lah.Hanya sahabat blogger ABIW yang mengulas tepat kenyaataan Tony ini dalam artikelnya bertajukIs Pak Lah still calling the shots,Tony?” dan aku amat bersetuju.

Sebenarnya ramai yang tak sedar PAK LAH MASIH MEMEGANG BEBERAPA KUASA PERDANA MENTERI (aku ulang sekali lagi…’beberapa’ bukan semua)sejak menyerahkan tampuk kepimpinan kepada Najib.Sebab itu suka atau tidak Najib tidak melakukan rombakan kabinet dan terpaksa mewarisi “kitchen cabinet Pak Lah” yang penuh dengan lipas dan serangga perosak yang lain.Aku boleh confirm hal ini kerana ada perkara yang melibatkan aku secara peribadi yang sepatutnya menjadi KUASA PERDANA MENTERI HARI INI dan bukan KUASA MANTAN PERDANA MENTERI (Pak Lah) tapi masih gagal ditangani oleh Najib.

Kadang kadang aku tertanya tanya apakah ‘kengkangan’ yang membuatkan Najib ‘tidak ada kuasa’ atas ‘inisiatif’ yang dia sendiri usahakan sejak 2007 lagi dan ‘kuasa’ itu kekal ditangan Pak Lah sehingga saat aku menulis artikel ini.Susah nak percaya kan?Tapi percayalah dan imbas kembali sejak Najib mula mengambil alih kepimpinan dari Pak Lah dan cara beliau menangani isu/najis peninggalan Pak Lah.Jadi jika Najib membaca artikel aku ini dia pasti tahu apa yang aku maksudkan.

Aku cuba mengelak dari mengulas ‘isu ini’ tapi ianya tidak bermakna aku melupakan nya,hanya masa dan keadaan yang akan menentukan apakah tindakan akhir aku terhadap KEGAGALAN Najib menyelesaikan nya…