Hebuh pasal Anwar dan Gang naik jet peribadi Dassault Mystere Falcon 900 ke Labuan baru baru ini.Ialah dari Bas Jelajah Merdeka ke Kontena Jelajah Medeka…tiba tiba upgrade ‘private jet’ Falcon 900.Walaupun jet itu bukan milik Anwar tapi bagi seseorang yang pinjamkan jet peribadi kepada seseorang “with no string attached” ianya menjadi cerita hangat lagi panas.

Sahabat blogger Malaysia In Crisis amat kecewa dengan kenyataan beladiri Anwar saperti yang tersiar dimedia yang bunyinya lebihkurang macam ini…..

Katanya, pemilik jet berkenaan memberitahunya supaya menyatakan identitinya sebagai “seorang rakan”.

“Saya tanya dia jika dia memohon tanah di Selangor, sekiranya dia ada kepentingan di Pulau Pinang, Kedah atau Kelantan, walaupun ini bukan sebahagian dari perjanjian. Dia kata tiada.

“(Maka, bantuan tersebut) tidak terikat dengan apa-apa,” kata Anwar.


He he he…Anwar tetap Anwar.
Ok mari kita risik risik siapa “PEMILIK” private jet yang baik hati ini…

1. Dassault Mystere Falcon 900

2. No Pendaftaran N990BB 
3. Didaftarkan atas nama Wells Fargo Bank Northwest sebagai trustee (sebuah syarikat berpengkalan di Amerika Syarikat)
4. Mula beroperasi di Subang sejak Februari 2012.
5. ‘Pemilik’ – ‘Ajen Tempatan’ – ‘Operator’ : Dato Mohamad Taufik bin Haji Omar, Pengerusi LD Sports Sdn Bhd, Presiden Malaysian Judo Association.
He he he….jawap jangan tak jawap Dato’…..
P/S : Siapa pulak yang selalu guna private jet Pengerusi Puncak Niaga dan Syabas ya?Siapa suka naik helikopter YTL dan private jet Vincent Tan?Ha ha ha…

Sebab apa aku tanya?Sebab T Jet ini,dari pilot sampai tukang angkat sampah semuanya MELAYU…jadi kita kena bagi muka lah.

Lagipun di Subang N990BB macam ‘teksi sapu’,ada ongkos ikut undeng undeng boleh terbang.