Esuk dan lusa akan berlangsung satu program bersama Pak Habib aka Syed Hussein Al Attas yang dipanggil PERJUMPAAN SANTAI BLOGGERS yang sepatutnya menghimpunkan bloggers berbagai aliran dan fahaman politik di Wadi Hussein,Janda Baik.Sayangnya walaupun dah lama aku mempromo program ini dan menjemput sahabat sahabat dari kalangan bloggers pro BN menyertainya,nampaknya setakat ini cuma 3 orang sahaja yang berani menyambut cabaran dari hampir 70 bloggers yang mengesahkan penyertaan untuk program ini.Selebihnya semuanya dari penggiat media baru Pakatan Rakyat.

Aku tak pasti sama ada bloggers pro BN kucut telor atau sengaja memboikot program ini disebabkan penganjurnya,tapi apa pun alasan nya nampak sangat ‘jaguh jaguh Umno’ ini hanya berani bersilat dalam kampong sendiri.Sorrylah beb kalau lu orang nak marah…AKU PEDULI APA!

Mungkin dah menjadi SOP bloggers pro BN mengelak membaca ” blog blog lawan ” mereka apatahlagi untuk menyertai program yang melibatkan bloggers PR…mungkin kerana mereka gerun untuk face to face atau mungkin mereka merasakan diri mereka terlebih hebat walaupun diadakan digelanggang NEUTRAL saperti di Janda Baik dan diselaraskan oleh ‘pemerhati politik paling otai’ saperti Pak Habib.

Pengalaman bertemu bekas bekas teman seperjuangan dari UMB semasa Rumah Terbuka Aidilfitri Tun Faisal yang lalu mengesahkan apa yang aku nyatakan diatas.Hanya kerana aku mengambil pendirian BERKECUALI dan tidak menyokong mana mana pihak ‘ MEREKA’ tidak lagi membaca blog aku …itu pengakuan kebanyakan dari mereka bila aku bertanya.Itu belum lagi aku mengambil langkah menjadi blogger Pakatan Rakyat dan menyokong perjuangan untuk menumbangkan Umno..sudah pasti aku akan dianggap ‘musuh sejati’.

Apapun kita lupakanlah JAGUH JAGUH KAMPUNG ini jom kita yang berkerandut ini bersuka ria esuk dan lusa ” membelasah Pak Habib dan Uncleseekers” sebab Uncleseekers dah bagi greenlight kat SINI.Ha ha ha…gurau je abah,mana kami boleh belasah abah,yang kami dambakan adalah PERKONGSIAN ILMU PENULISAN POLITIK yang menjadikan abah brandname dengan 61 karya karya politik setakat ini.

JOM MSK…JOM ADUKA TARUNA…JOM CENENGAU…JOM MAHAGURU…JOM MANJUNGMARI…JOM OTAIMANJUNG...gua nak belasah lu orang kah kah kah.

Itu baru preview beberapa nama besar yang bakal berentap di Wadi Hussein…

Pernah ke anak Sultan sediakan selimut untuk korang selama ini?