Saya mulakan lafaz ucapan Bajet 2013 dengan kalimah mulia Bismillahirrahmanirrahim dan memetik sepotong ayat dari Surah Al-Baqarah yang diturunkan di Madinah, bahawa :

“Berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan, kerana di mana sahaja kamu berada pasti Allah akan menghimpunkan kamu semua pada hari kiamat untuk menerima balasan. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.”


Aku tak ada apa nak komen pasal Bajet 2013 yang diumumkan Perdana Menteri petang tadi.Rasanya semua ada bahagian masing masing apatahlagi dah nak dekat Hari Raya Memilih ini,so faham faham je lah kalau bajet nampak ‘terlebih mesra’ rakyat….
Cuma aku nak komen bab  ayat mukadimah PM semasa membuka bicara…
Untuk kali ini aku tak mahu berprotokol jadi aku akan panggil PM Bro saja…lagipun bro kita ini pun pernah sarankan agar kita mesra dengan dia…jadi tak salah kalau aku panggil dia bro je…Lagipun aku tengah nak ‘sekolahkan’ dia kalau dia tak faham ayat dari Surah Al-Baqarah yang dia gunakan sebagai MUKADIMAH semasa pembentangan Bajet 2013 petang tadi…
Bro bab mana dalam ayat tu yang lu tak faham?
Berlumba lumbalah kamu mengerjakan kebaikan lu faham tak ?
Bukan ikan lumba lumba dan bukan berlumba lumba mengumpul kekayaan dunia…termasuk terembat hak orang dan hak anak anak yatim…lu faham tak?Gua rasa lu tak faham ayat ini…

kerana di mana sahaja kamu berada pasti Allah akan menghimpunkan kamu semua pada hari kiamat untuk menerima balasan…ini ayat gua rasa lu ada confused sikit.Kalau lu faham ayat ini dengan rohnya lu takkan biar Pak Lah ketuk kepala lu walaupun dia bukan lagi Perdana Menteri hari ini dan selesaikan apa yang patut dan memulangkan apa apa jua kepada yang BERHAK terutama anak anak yatim.Lu tahu ke tidak HUKUM MEMAKAN HARTA ANAK ANAK YATIM?Gua rasa lu confused….

Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu...lu pandai cakap Allah swt Maha Berkuasa kita manusia (lu…gua dan siapa juga) tak ada kuasa tapi lu acknowledged tak KEKUASAAN ALLAH SWT tu atau lu cakap je..?

Jadi parti lu menang atau kalah bukan terletak pada tangan lu atau siapa juga.Tidak juga atas undi yang cuba lu menangi dari rakyat dengan memberi macam macam buah tangan pilihanraya..tapi atas Kuasa Allah swt….itu pasti dan itu guarantee.Pak Lah dah merasa akibatnya ‘memperkecilkan’ kekuasaan Allah swt…jangan lu pulak bro merasa lebih teruk dan lebih hina dari itu.
Gua cuma beri pandangan saja…lu nak pakai ke tidak gua apa peduli,yang nak jadi Perdana Menteri dan perintah kerajaan itu lu bukan gua…gua cuma nak HAK gua dan hak orang lain termasuk HAK anak anak yatim yang hari ini terpikul diatas bahu gua…
Gua kasi ingat sama lu bro…cuma perlu doa seorang saja yang TERANIAYA diangkat maalaikat ke Arash untuk dimakbulkan Allah swt…dan lu jawap!
Besuk nak mengundi,malam ni rakyat tidor lena….KUN FAYAKUN Allah swt yang bakal menentukan apa yang mereka bakal pangkah esuknya.
Tak percaya ?????

Cuba,try,test acu tenguk….ada berani.

Kah Kah Kah