Sebelum menghadhiri permukiman bloggers di Janda Baik hujung minggu sudah aku telah terlebih dahulu diberitahu Uncleseekers yang sebahagian para peserta akan ditempatkan di Saufiville Resort Janda Baik .Siang siang aku bagitau Uncle yang aku tetap nak bermalam di Wadi Hussein dan biarkan yang lain menginap si Saufiville.Uncle ketawa menyindir sambil berkata,”Gua nak tenguk lu nak tidor mana selepas gua tunjuk lu tempat ini”.Aku jawap,“Takde hal lah bro,gua takkan tergoda”.Ha ha ha…

So tengahari Sabtu lalu bila aku check-in di Janda Baik dalam kepala hanya tempat tu sebagai tempat aku nak bermalam.Lagipun aku tidak pernah berada di Wadi Hussein waktu malam sebelum ini jadi aku membayangkan suasana Taman Hana diwaktu malam Fuhh!.Jadi aktiviti hari pertama dilalui mengikut yang dirancang sehingga lah bila hampir masuk waktu Maghrib bila semua peserta berhenti rehat untuk menunaikan kewajipan apa yang perlu dan bersedia untuk makan malam di Saufiville Resort.

Aku tengah berkira kira rumah mana yang aku nak jadikan tempat bermalam bila Uncleseekers datang ‘mengarahkan’ aku bawa kain baju naik ke Saufiville.Mulanya aku membantah tapi Uncle kata,“Lu jangan mengada ngada beb,gua dah sediakan tempat terbaik untuk lu bro”.”Lu tenguk ini tempat gua guarantee lu jatuh cinta”,tambah Uncle cuba meyakinkan aku.

Malas nak bertekak aku akur je tapi dalam hati aku berkata kalau aku tak selesa aku peduli apa,aku mesti turun tidor kat bawah.Tapi….

Sampai je di Saufiville Resort yang merupakan puncak tertinggi di Janda Baik aku terus jatuh cinta dengan keindahan pemandangan semulajadi nya.Serius beb…cantik giler.

“Sial lu,tadi beriya iya lu menolak bila gua ajak sekarang lu jatuh cinta”,Uncleseekers menyindir aku sambil ketawa.

Dalam hal ini aku mengaku tewas,memang tempat ini terbaik.Bukan saja tempatnya cantik dengan pemandangan hutan semulajadi nya terbaik tapi MAKANAN nya juga yang terbaik.Apatahlagi suami isteri tuanpunya resort ini En Sarofini dan isterinya Puan Raja Izrinda adalah dua insan peramah yang mungkin dilahirkan didunia ini dengan senyuman manis semulajadi yang senantiasa terukir dibibir mereka.

Kepada anda yang tercari cari tempat yang tidak berapa jauh dari ibukota untuk merihatkan minda anda,apakata anda cuba Saufiville Resort untuk merasa kelainan nya…

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI :
Saufiville Boutique Resort
Sarofini – 012 2490123
Raja Izrinda – 012 274700

Tuanpunya Saufiville

‘Piramid Melayu Kuno’ boleh dilihat dari sini
Sudut istirehat
Taman yang bakal menyambut pengunjung
Bilik peraduan aku yang disediakan
Pemandangan dari atas katil aku
GAMBAR GAMBAR DIBAWAH DIPETIK DARI LAMAN FB SAUFIVILLE