Sama ada suratan atau kebetulan aku tak pasti,tapi semasa menghadhiri Permukiman Bloggers Janda Baik hujung minggu lalu aku ditempatkan disuatu puncak paling tinggi di Janda Baik dimana Saufiville Resort bediri megah.Walaupun pada mulanya aku sepatutnya bermalam di Wadi Hussein tapi atas desakan Uncleseekers disaat saat akhir aku terpaksa akur untuk bermalam di Saufiville.

Jadi bila aku sampai di resort yang berada dipuncak paling tinggi itu hari pun sudah menjelang senja dan dalam keheningan senja disuatu penjuru resort tu (gambar diatas) mata aku terpaku pada salah satu bukit/gunung yang pastinya dalam lingkaran Banjaran Titiwangsa.Apa yang menarik tentang bukit/gunung ini ialah bentuknya yang menyerupai piramid dan amat sempurna sekali.

Ini gambar yang aku snap sendiri.Bukan nak tunjukan gunung itu tapi
lebih kepada nak tunjukan suasana kedamaian balcony Saufiville Resort.
‘Piramid’ yang aku maksudkan terlindung dibalik tiang..

Memandangkan malam mula menyelubungi aku tidak berpeluang melihat struktur bukit/gunung itu dengan jelas waktu itu.Tapi keesukan paginya aku mengajak beberapa sahabat bloggers untuk sama sama membuat penelitian terhadap struktur bukit yang dimaksudkan dengan menggunakan alat alat zooming yang ada pada kami.

Allahu Akbar…

“Bukit tak serupa bukit..gunung tidak serupa gunung”

Ianya terlalu sempurna baik dari segi bentuk mahupun puncak nya untuk sebuah bukit/gunung dan ianya  lebih menyerupai bentuk sebuah piramid.Apatahlagi bila melihat pokok pokok yang meliputinya melalui zoom,akan kelihatan pokok pokok yang tumbuh cukup selari dari atas kebawah atau sebaliknya.Ianya tidak kelihatan semulajadi…

Maka teringat aku satu artikel yang aku baca beberapa hari lalu DISINI dari sebuah blog.Kisah ini pernah hebuh seketika dulu tapi seakan akan ‘disenyapkan’ oleh pihak pihak tertentu ntah atas sebab apa.Jadi kepada anda yang berminat untuk  melihat apa yang aku anggap sebagai “Piramid Kuno Melayu”,apakata anda singgah atau bermalam di Saufiville Resort dan melihat sendiri dengan mata anda,Anda tidak akan menyesal kerana sekurang kurangnya makanan yang disediakan disitu enak enak belaka.Aku pasti anda akan jatuh cinta..