Dari kiri : Naib Canselor UKM Prof. Tan Sri Dato’ Wira Dr. Sharifah Hapsah &
Rektor UIAM Prof. Datuk Dr. Zaleha Kamaruddin
NC UKM,R UIAM, TR UIAM, TNC HEP ,TNC A
( Formula ‘RACUN’ )

Alphabet diatas mungkin kurang difahami oleh masyarakat bukan komuniti kampus atau yang tak berapa faham tentang sistem pentadbiran IPTA yang berjumlah 20 buah di Malaysia hari ini.Tapi bagi masyarakat yang faham dan perihatin tentang masa hadapan anak anak bangsa yang di didik di kilang kilang IPTA ini untuk melapesi kepimpinan negara masa hadapan,alphabet alphabet diatas maha penting kerana dibahu mereka lah terletak tanggung jawap mencorakan pemikiran para pelajar ini yang akhirnya melahirkan pemimpin negara atau masyarakat masa hadapan,sama ada mereka akan menjadi pemimpin yang matang dan bertanggung jawap atau radikal lagi menghancurkan.

Jadi kepada yang kurang arif,alphabet diatas merujuk kepada Naib Canselor UKM, Rektor UIAM, Timbalan Rektor UIAM, TNC HEP serta TNC Akademik.Kenapa aku cuma sentuh 2 Universiti ini sahaja?Sebab di sinilah calun calun Pro-AM yang pro kerajaan dikalahkan oleh calun calun Pro-M yang pro pembangkang dalam #PR Kampus yang baru sahaja selesai dijalankan melibatkan 20 IPTA.
Kenapa penting sangat UKM dan UIAM ini disamping UM yang mana Pro-AM menang tipis setelah dilakukan pemilihan semula 2 kerusi walaupun kalah pada mulanya?
Kerana ketiga tiga IPTA ini merupakan ‘permata’ (bukan PERMATA Rosmah ya) lambang keunggulan semua IPTA yang berjumlah 20 itu.Macam juga dalam PRU,#PR Kampus Universiti Malaya (UM),Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ibarat negeri Selangor,Johor dan Perak dalam PRU.Tidak ada erti BN menang PRU kalau 3 buah negeri ini jatuh ketangan Pakatan Rakyat…itulah ibaratnya kepentingan UM,UKM dan UIAM dalam setiap Pilihanraya Kampus memilih Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).
Bercakap pasal prestasi Pro-AM di ketiga tiga universiti ini sahabat blogger Double Y ada mengulas panjang lebar DISINI.Memandangkan aku tak pernah menjejakan kaki menuntut sampai ke universiti dan hanya berpeluang menjejak kaki kesana bila menghantar anak anak aku yang berjaya kesana,ada lebih baik Double Y sahaja yang memang mahir mengulas bab itu.Aku cuma nak sentuh pasal Naib Canselor UKM Prof. Tan Sri Dato’ Wira Dr. Sharifah Hapsah dan Rektor UIAM Prof. Datuk Dr. Zaleha Kamaruddin dan aku nak belasah mereka terutama NC UKM “Oppa APA Gangnam Style”…nasib ko lah labu..keh keh keh….

Naib Canselor UKM Prof. Tan Sri Dato’ Wira Dr. Sharifah Hapsah

Pompuan kat atas ini mengambil sikap ‘exclusivity’ dan tidak mahu mengambil tahu urusan siswa/siswi UKM walaupun ianya menjadi tanggung jawap dia sebagai Naib Chanselor.Dia lebih berminat dalam kerja ‘bodek bodek’ dan ‘kipas kipas’ para pemimpin negara terutama sekali bila melibatkan isteri Perdana Menteri DS Rosmah Mansur dan projek Permata Negara yang merupakan ‘pemangkin’ kepada ‘hubungan erat’ antara dia dan Rosmah.Dia lebih cenderung kepada memastikan ‘matlamat peribadi’ dia (Permata Negara) berjaya dari melihat anak bangsa di UKM diberi ‘input’ yang betul tentang dasar dasar yang sedang dan telah dilakukan kerajaan.

‘KEPERIHATINAN’ dia terhadap amanah yang dipertanggung jawapkan dibahunya sebagai Naib Canselor UKM amat terserlah bilamana dari hari penamaan calun sehingga hari pembuangan undi Pilihanraya Kampus dia tidak berada disini bahkan berada di London ntah atas urusan apa.Mungkin juga dia di London untuk mengilap ‘permata’ agar terus bercahaya agar dia kekal relevan dimata Rosmah sebagai ‘pembodek tegar’.

Nampaknya Perdana Menteri telah diberi laporan yang salah tentang situasi ketiga tiga universiti ini terutamanya UKM yang dikatakan berstatus ‘PUTIH’ sedangkan hakikatnya berstatus ‘HITAM LEGAM’.

Sudah tiba masanya Najib turun padang dan ‘mecemar duli’ ke ketiga tiga universiti ini terutamanya UKM untuk menilai sendiri situasi sebenar dari hanya mendengar ‘puisi puisi syahdu’ isterinya Rosmah tentang betapa hebatnya Prof. Tan Sri Dato’ Wira Dr. Sharifah Hapsah ini.Mungkin dia hebat pada Rosmah dan projek Permata Negara,tapi memusnahkan segala wawasan yang cuba dilakukan kerajaan.

Saperti yang dijanjikan APA GANGNAM STYLE…