Pengantin malang…

Selalunya menjadi Raja Sehari adalah saat paling bahagia dan saat yang akan diabadikan oleh setiap pasangan pengantin,tetapi tidak untuk pasangan Mohd Ridhwan Mohd Ali dan Nur Azieha Mohd Ali.Atas ‘kebengongan’ bapak dan bapak mertua pasangan pengantin ini yang merasakan dia macam ‘Sultan Melaka’ si Ali apakenama,saat manis kini bertukar menjadi mimpi ngeri bila kos perkahwinan dan jemputan yang hadhir (dikatakan mencecah 130 ribu orang) mencetuskan kontrovesi sehingga saat ini.

Walaupun puas Ali bersilat tapi tiada Hang Tuah,Jebat,Kasturi,Lekir atau Hang Lekiu yang mampu membantu.Jadi bersilat lah Ali sorang sorang sambil diperhatikan isteri Memanda Menteri dari puncak Istana Putra Perdana tersenyum sambil berkata dalam hati….

“Cis ko nak tunjuk lagak buat kenduri besor besor ya?Ko tahu tak semua yang ‘BESOR’ itu akulah pemegang ‘franchise’nya!.Mana mungkin aku nak beat rekod Guiness Stout ko tu bila aku kahwinkan putri aku dengan anak raja Kazakh tak lama lagi”.

“Betul betul ko kasi aku susah lah Ali !Nampaknya aku kena jemput rakyat 1Malaysia untuk pecahkan rekod ko yang jemput rakyat 1Melaka makan kenduri”.

“Binawe betul lah ko ni !”

Layan lagi cerita kat SINI