Hari itu perkahwinan anak Ali Rustam mencipta Malaysian Guiness Record sebagai perkahwinan paling ramai dihadhiri jemputan.(dikatakan 130 ribu orang),Hari ini satu lagi ‘rekod’ tercipta dalam Malaysian SPRM Book Of Record bilamana Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) Datuk Yusof Jantan dipanggil memberi keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dikatakan bertindak sebagai ‘Ketua Penanggah’ (baca sini).

Ramai ‘pengampu’ Ali Rustam dan orang Umno marah marah dalam ruang komen bila aku sentuh pasal majlis kahwin ‘Sultan Melaka’ ini termasuk beberapa orang Datuk ntah apakenama nya.Tapi yang GAGAL mereka fahami apa motif aku menyentuh isu ini disaat saat ini.Betul macam kata DS Hishamuddin ini musim pilihanraya dan apa saja yang kita lakukan pastinya diberi perhatian lebih sedikit DISINI dari waktu biasa bila tiada pilihanraya dalam usaha dia memujuk hati Ali Rustam.Tahu takpe….

INILAH ISU NYA…

Dari semenjak UMNO hilang taring bila tewas banyak negeri selepas PRU12,banyak usaha telah dan sedang dilakukan oleh banyak pihak terutama di peringkat grassroot dan pengamal media baru Blog,Facebook dan Tweeter untuk meningkatkan semula imej Umno agar kembali diterima rakyat yang menolak mereka pada 2008.Siang,malam sehingga ke subuh ahli ahli biasa Umno dan pengamal media baru pro kerajaan tidak berhenti berjuang sama ada dialam maya atau dialam nyata untuk mempertahankan Umno…..TAPI…hanya disia siakan oleh KENYATAAN dan TINDAKAN BODOH PEMIMPIN PEMIMPIN UMNO sendiri dari masa kesemasa.

Terbaru…MAJLIS KAHWIN ANAK ALI RUSTAM.

Dalam Perdana Menteri kesana kemari siang dan malam dengan KONSEP WASSATIYAH nya masih ada pemimpin ‘bengong dan bingal’ macam Ali Rustam yang tidak memahami aspirasi Perdana Menteri apatahlagi rakyat.Bukan Ali Rustam sahaja bahkan terlalu ramai pemimpin spesis ‘bengong dan bingal’ ini dalam Umno yang bercakap dan bertindak  ikut suka hati emak dia !!!

Yang dimangsakan adalah pejuang pejuang tegar Umno dari peringkat grassroot dan penggiat media baru pro kerajaan yang setiap masa terpaksa menepis setiap perlakuan dan kenyataan bodoh PEMIMPIN UMNO dari masa kesemasa disamping mempertahankan Umno dari isu isu yang telah sedia ada.

Jadi korang yang terdiri dari ‘pembodek pembodek tegar’ para pemimpin Umno nak marah aku???

AKU PEDULI APA !!!!