Malam semalam aku menjenguk program Jelajah TIBAI di Flat Keramat Permai AU 1.Inilah kali pertama aku menghadhiri program TIBAI sejak ia ditubuh dan digerakan oleh Mursyidul Am nya Zahid Mat Ariff.Malam sebelumnya program yang sama diadakan di Ampang dikhabarkan mendapat sambutan baik jadi bila ianya diadakan di Keramat Permai yang tidak berapa jauh dari tempat aku maka teringin juga aku nak meyaksikan nya sendiri secara live.

Semua orang tahu  sejak TIBAI ditubuhkan memang aku salah seorang yang pertama tak berhenti menibai Zahid Mat Ariff dan aku juga merupakan ‘Mursyidul Am CIBAI'(sendiri lantik) satu lagi NGO yang belum sempat dan mungkin takkan didaftarkan cetusan idea dari TIBAI.Jadi memandangkan malam semalam aku free sangat maka aku berlapang dada turun ke program TIBAI untuk melihat sendiri apa yang di tibai mereka selama ini.

Walaupun Mursyidul Am nya si Zahid Mat Ariff bersalaman dengan aku tak mahu pandang muka dan bertentang mata tanda ketinggian budi orang Melayu dan keiklasan,aku taklah kisah sangat.Sebab karektor “manusia tak berapa nak cukup inci” macam Zahid ini memang dah biasa aku jumpa…jadi aku no hal.Lagipun mungkin dia ada simpan perasaan marah pada aku kerana selalu menibai TIBAI yang membuatkan dia merasa terTIBAI dan mungkin juga sebab aku selalu belasah BOSS dia sekor lagi “manusia tak cukup inci” si Isa Samad yang sedang melapah Felda menggunakan “pisau FGVH”.

Okaylah,aku tinggalkan bab mengumpat ini kita cerita pasal program semalam..

Semalam aku memang beruntung kerana program ini dihadhiri oleh PEMIDATO PEMIDATO yang hebat hebat belaka dengan gaya pidato mereka tersendiri.Inilah kali pertama aku mendengar sendiri dari mulut mereka mereka yang keluar dari PKR meninggalkan perjuangan bersama Anwar Ibrahim yang selama ini sering jadi bahan sindiran tulisan diblog ini.Nama nama besar saperti saudara Zahid Mat Ariff,Roslan Kassim,Azwandin Hamzah,bekas Ketua Pemuda PKR Terengganu,Kelantan dan Kedah dan beberapa orang bekas pengasas Parti PKR termasuk saudara ABY YDP Perkasa Selangor menggegar suasana Flat Keramat Permai dengan pidato masing masing.Kehadhiran Ketua Bahagian HJ Rahim dan Ketua Pemuda Datuk Megat menampakan kesungguhan dan komitmen mereka semua untuk menawan kembali Parlimen dan Dun Dun di dalam kawasan Gombak dalam PRU13 akan datang.

Pengisian program ini penuh dengan ‘fakta’,’pendedahan’ dan ‘ pengalaman’masing masing terhadap individu yang bernama Anwar Ibrahim walaupun kadang kadang diselitkan dengan jenaka sinis bila mereka berbicara tentang jamban,lubang dan aiskrim.Mesej yang cuba disampaikan mereka cukup jelas dan mudah difahami bagi mereka yang berminda terbuka dan mahu mendengar penjelasan.Mesej paling penting…mengapa individu bernama Anwar Ibrahim ini WAJIB ditolak.

Cuma….

Agak malang bila kehadiran agak suam suam kuku (lihat gambar diatas) memandangkan ianya diadakan ditempat letak kereta Flat Keramat Permai yang sepatutnya ianya mengundang penghuni penghuni flat ini untuk turun bersama sama beramai ramai kerana tidak perlu berjalan jauh…tetapi itulah hakikatnya.Tapi aku difahamkan bahawa flat ini adalah KUBU KUAT penyokong Pakatan Rakyat jadi kehadhiran suam suam kuku itu sudah dijangkakan.Kebijaksanaan pihak penganjur menyediakan pembesar suara dan sistem bunyi yang baik haruslah diberi pujian walaupun tak ramai yang mahu turun memenuhi kemah tapi rasanya tidak ada penghuni yang terlepas dengar apa yang dibicarakan para penceramah KECUALI kalau ada yang sengaja menyumbat kapas dalam telinga sepanjang program ini berlangsung.

Agak malang juga bila TIBAI ini ditubuhkan agak terlewat sedikit diwaktu sudah terlalu banyak  NGO NGO pro kerajaan diwujudkan macam cendawan tumbuh selepas hujan walaupun dengan keahlian yang ciput ciput sahaja.Andaikata TIBAI ini wujud sebelum atau selepas sahaja selesai PRU2008 aku pasti ianya akan lebih berkesan dari TIBAI yang ada hari ini.

Lagipun hari ini rakyat sudah terlalu MUAL bila membicarakan tentang Anwar Ibrahim baik yang menyokong atau menentang individu ini.

ANWAR IBRAHIM HARI INI ADALAH ‘ ALAT’ DAN BUKAN LAGI ‘MATLAMAT’ DALAM PERJUANGAN PAKATAN RAKYAT DAN PENYOKONG MEREKA MENUMBANGKAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL.

Apa yang masih belum dan payah nak difahami lagi….???