Ku Syah(kanan sekali) aku dan Uncleseekers dan seorang lagi yang sedang
menuntut takhta kerajaan negeri Perak Tg.Amran bergambar
di Wadi Hussein Janda Baik


Anonymous said…

Sorry kushah, just nak tanya la yerr. Kalau rasa soalan ni tak releven, boleh abaikan je la…

biler bercakap pasal almarhum ayahanda kushah….memang tak dinafikan baginda memang prihatin masalah rakyat…. kat kuala asyik berpesta je orghang kuale….rakyat nak masuk istana pun takde hal….itu yg ramai org peghak tahu ler.

Apabila almarhum mangkat….terdengar le kisah2 yg tak berapa nak sedap didengor……almarhum mangkat di lumut masa tu….sok sek sok sek org perak bercerita almarhum mangkat dlm keadaan mabuk….sekali lagi ni dengor cerita org lerr…..dan org masih bercerita benda ni sampai ke hari ini….

Mungkin kushah boleh beri penjelasan sikit…..setidak tidaknya kalau dengor cerita ni boleh ler dibetulkan

10/4/12 10.09 PM

Almarhum Sultan Idris

JAWAPAN

Bismillah.

Terima kasih banyak-banyak kepada pemberi komen diatas… Memang sudah lama saya ingin menjawab fitnah merata yang dilemparkan terhadap Almarhum orang tua saya… Terima kasih sekali lagi… Inilah jawapannya.

Fitnah itu amatlah berat, tetapi Alhamdulillah ada dua tokoh yang boleh saksikan perkara ini iaitu Tuan Syed Hussein Alattas dan Dato Mokhtar Petah, dimana minuman arak yang diftnah itu sebenarnya adalah ‘Teh Cina”

Menurut cerita Dato Mokhtar Petah, yang disampaikan oleh anaknya, Noor Iskandar kepada diri saya, Almarhum berguru dengan Sheikh Abdullah Fahim, (datuk kepada Tun Abdullah Badawi dan penasihat Tunku Abdul Rahman tentang tarikh kemerdekaan Malaya) ilmu kebatinan – ilmu hakikat dan telah mengamal sepatah doa dimana Allah akan memberi petanda-petanda maut mendekati…

Petanda itu di terima oleh Almarhum, dan justeru memberi tahu Dato Mokhtar Petah,

“Aku nak ke Mekah, memohon ampun dan bertaubat… aku terlupa doa tu”…

Pada akhir tahum 1983, Almarhum berangkat ke Mekah menunaikan ibadah Umrah… Almarhum telah dapat memasuki kedalam Ka’abah dan menunaikan fardhu sunat… Setelah almarhum keluar dari Kaabah, Almarhum bertitah kepada kekanda KuNain (Raja Kechil Besar Perak),

“Aku dah merasa segalanya didunia ni, aku nak balik”…

Kami tidak sangka maksud Almarhum hendak pulang ke Rahmatullah, tetapi memandangkan kami berada di Mekkah, Almarhum bermaksud pulan ke Malaysia… Tepat 40 hari selepas Almarhum berada di Mekkah, dia telah mangkat pada 31hb Jan 1984…

Apabila jenazah Almarhum di mandikan, dan masa di bersihkan jasad dari najis, tiada terdapat apa-apa najis pada diri nya. Bersih.

Cerita Almarhum meminum arak telah di hebohkan oleh musuh-musuh politik nya… MB kena buang, faham-faham jer ler… hinggakan bernazar tak cukur janggut…

Balai Rongseri, AlMarhum Sultan Idris Murshiddul-adzam Shah, abad ke 19…

Gambar keluarga 1963, aku sebelah kana sekali.

Aku posing dgn MGTC, plet – Raja Muda Perak

Aku bersama ‘amah’ (pembantu rumah) yang menjada adik KuMah di zoo negara sekitar 60an

Rumah kami ketika ayahanda ku Raja Muda Perak di Ipoh, sekitar penghujung 50-an

Bersama orang kampung Bukit Chandan geng main bola ‘Jaya Sepakat’ di Batu Hampar Padang Rengas, Perak pada tahun 1977 sebelum berangkat ke England untuk melanjutkan A level dan Ijazah jurusan Sosial Antropologi di Universiti Hull selama 5 tahun.
Lagu Namamu dibibirku nyanyian Jamal Abdillah ini dicipta oleh Almarhum Ayahndaku khusus untuk isteri tercinta iaitu Dato Seri Che Puan Norizan (Bonda Ku Ess) sekitar 80an.

Ku Syah