Masih lagi berkisar dalam isu AES atau Automated Enforcement System yang aku tulis semalam SINI yang menimbulkan kemarahan rakyat hasil pemikiran taraf BEBALISMA orang orang Najib dalam Kementerian Pengangkutan dan Jabatan yang berkaitan.Sistem yang pastinya akan memperKAYAkan sekor dua KRONI jadi jutawan segera dan RAKYAT bakal menanggung beban saman,sedangkan kejayaan mencegah kemalangan tetap tidak tersasar saperti yang disuarakan sahabat blogger RBF dan Double Y semalam.

\
Tahniah JPJ…

Seingat aku dalam usia aku yang dah melebehi setengah abad ini,ini bukanlah kali pertama Kementerian Pengangkutan dan JPJ dipergunakan oleh mereka mereka yang berkepentingan (Pak Menteri dan sewaktu dengan nya) dengan mengunakan KRONI masing masing untuk mengaut KEKAYAAN SEGERA berselindung disebalik macam macam tok nenek ,emak abah diaorang punya ‘alat sekulat keselamatan’ konon nya untuk menurunkan kadar kemalangan dan menjadikan lebuhraya dan jalanraya kita lebih selamat.Ptuihhhhh !!!! Habuk pun tarak !

Antara yang masih aku ingat adalah lampu brek ketiga,lampu isyarat kelajuan bagi kenderaan perdagangan,talipinggang keselamatan untuk tempat duduk belakang,plet no kenderaan dan beberapa lagi ‘peraturan’ yang aku dah tak berapa nak ingat,yang aku ingat dan pasti ramai KRONI dan PEMBEKAL AKSESORI yang boleh bergesel bahu dengan menteri dan pengarah JPJ kaya raya dengan ‘peraturan sekerat jalan’ taraf haramjadah ini,sedangkan matlamat nak mengurangkan kemalangan maut tidak pernah tercapai.Saban tahun statistik kemalangan maut makin bertambah apatahlagi bila tiba musim musim perayaan.

Lagi JPJ…

Aku bersetuju dengan pendapat salah seorang pengkomen di blog RBF yang menggelar dirinya ‘callman’ bila dia menganalisa punca kebanyakan kemalangan maut melalui pengalaman dan pemerhatian first hand dia adalah berpunca dari kelalaian pemandu dan kegagalan mekanikal kenderaan yang tidak diselenggara dengan betul,dia tidak bersetuju ianya hanya diakibatkan oleh pemanduan laju.Begitu juga cabaran sahabat Double Y kepada Pengarah JPJ Datuk Solah Mat Hassan untuk membuktikan dengan ‘fakta dan statistik yang disahkan’ oleh mana mana agensi penerapan yang diiktiraf antarabangsa yang menunjukan ‘pemanduan laju’ adalah punca utama,the one and the only cause kemalangan maut di negara kita ini.Ada berani Solah…????

Yang ini disebabkan kelajuan ke?

Yang ini bagaimana?

Jadi dipendekan cerita…

Semua sosek sosek kelentong pasal nak mengurangkan kemalangan maut selama ini dengan menganiaya rakyat hanyalah sekadar temberang nak mengisi kantong haiwan haiwan pembaham duit rakyat berselindung disebalik penguatkuasaan undang undang dibawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) Baca SINI. dan yang paling seronoknya bila ianya dilakukan disaat saat kerajaan Barisan Nasional memerlukan sokongan rakyat untuk menghadapi PRU 13 yang dijangkakan dalam suku pertama tahun 2013.Agak agaknya lah apa reaksi rakyat terhadap ‘tindakan mesra rakyat’ Sistem AES cetusan idea orang orang Najib saperti mangkuk hayun kat bawah ini?

Apakah Solah menunjukan tanda ‘V’ untuk Victory untuk Pakatan Rakyat PRU13 nanti?

Aku hanya boleh fikirkan satu formula sahaja…

BR1M – SR1M(AES) = Ah Jib Gor jadi Ketua Pembangkang