Update 9/10/2012 : Banyak email pertanyaan yang aku terima bagi produk diatas tidak meninggalkan no phone saperti yang diminta.Walau bagaimana pun segala pertanyaan anda akan dijawap oleh Bro Zelmey sendiri bilamana setiap email yang aku terima akan di fowardkan kepada Bro Zelmey.Harap maklum

Aku kerap disuruh kawan kawan mencuba berbagai ‘PRODUK POWER’(korang faham lah ‘power’ apa yang aku maksudkan) konon nya untuk tujuan itulah.Bukan beerti aku ini ‘tak power’ tapi bila dah macam macam promo yang aku dibagitau tentang kehebatan sesuatu produk ‘power ranger’ ini kadang kadang aku trylah juga.Tapi tak semua produk yang diberi kepada aku oleh kawan kawan yang berani aku cuba.Hanya bila aku tahu apa isi kandungan nya saja baru aku berani mencuba,apatahlagi beberapa bulan sudah aku kehilangan seorang sahabat beberapa jam setelah arwah mencuba satu produk ‘power ranger’.Lagipun kebanyakan produk berkaitan POWER ini ada kesan sampingan saperti ‘sakit kepala’,sakit urat leher dan jantung berdebar debar seakan angin tersangkut didada,jadi aku cukup berhati hati apatahlagi di umur yang dah masuk senja ini.

Baru baru ini sahabat blogger Zelmey bagi aku produk diatas untuk dicuba.Kata dia produk ini keluaran syarikat dia sendiri jadi dia boleh guarantee tiada kesan yang memudaratkan atau simptom simptom yang aku sebutkan diatas tadi.Jadi dah dia beriya iya suruh aku mencuba dan benda lak percuma,aku terima sajalah.Dekat 2 minggu aku simpan Kopi Extreme ini tanpa teringin mencubanya sehinggalah beberapa hari sudah bila aku kehabisan stok Nescafe 3 In One bila bangun dari tidor (dah jadi kebiasaan aku pekena Nescafe segera bila bangun tidor).Jadi aku pun pekenalah Kopi Extreme yang Zelmey bagi diatas,bukan dengan niat nak pergi BERLAGA tapi sekadar nak pelepas gian kopi  memandangkan stock Nescafe dah habis.

Jadi sepanjang hari itu ‘tiang bendera’ kejap kejap terpacak tapi tak ada bendera yang boleh aku naikan memandangkan aku tak tinggal dengan isteriku…jadi pakat duk tahan je lah.Kalau tak silap aku simptom ‘tiang bendera terpacak’ ini berlarutan beberapa hari.Tapi apa yang menakjubkan aku adalah bilamana kesakitan dipergelangan tangan aku yang aku tanggung dah berbulan bulan hasil menepis tendangan”gurauan” aku dengan Papagomo tak berapa lama dulu HILANG sama sekali.

Terus terang aku katakan aku menanggung kesakitan dan kecederaan dipergelangan tangan kanan aku ketika menepis ‘tendangan gurauan’ dari Papagomo dalam kejadian hari itu.Sakitnya berlarutan sehingga aku tak mampu mengangkat laptop menggunakan tangan kanan aku sehingga beberapa hari sudah.Puas aku berurut tapi kesakitan itu tak juga hilang sehingga aku hampir putus asa dan pasrah mungkin aku akan menanggung kesakitan ini seumur hidup.Tapi Alhamdulillah…rupa rupanya Kopi Extreme pemberian Zelmey telah memulihkan keadaan pergelangan tangan aku saperti sediakala.Syukur aku kepada Allah swt dan terima kasih kepada Zelmey kerana menghadiahkan aku penawar yang aku cari selama ini.

Jadi dikesempatan ini suka aku nak mempromo produk Extreme Energy Coffee ini kepada anda pembaca semua.Bukan saja ianya baik untuk ‘your brother’ tapi mana tau ianya bakal memulihkan sakit yang mungkin ada dikalangan anda hadapi sekian lama Insyaallah.

Jika berminat sila tinggalkan phone no anda kat email aku azmiapa@gmail.com dan anda akan dihubungi nanti.

WaAllahu’alam….

P/S : Bukan kerja aku nak jadikan blog ini tempat mengiklankan produk komersial,sebab itu dari dahulu sampai sekarang mana ada iklan dalam blog ini kalau anda perasan.Tapi bila produk baik rasanya wajib aku kongsi dengan para pembaca blog ini.