Brother ini promoter banner Bersih paling aktif…
Aku dan Amrayy sempat singgah di Stadium Kelana Jaya dimana Konsert BersihRock 2.0 diadakan.Dibawah adalah gambar gambar yang sempat aku rakamkan dan biarlah gambar sendiri bercerita tentang kehadhiran konsert ini.Mungkin faktor hujan sejak tengahari tadi akan dijadikan alasan dan hujan masih gerimis semasa aku meninggalkan Stadium Kelana Jaya jam 9:00 malam tadi.

Amrayy sempat juga turun tandatangan digerai
Bro Yob Tulang Sarakah

Pyanhabib

Gang promoter

Pyanhabib asyik memerhatikan apa yang dilukis menggunakan Ipad

Phone cover Bersih

Dalam kumpulan ini semua ada…emak,ayah,anak atok dan nenek.

One for the family

Mamat ini kali pertama aku perasan masa insiden Bersih 3.0
depan Kompleks Sogo

SUARAM ????

The X-Men (Boys)

Hishamuddin Rais sedang menulis sesuatu diruang yang
disediakan Suaram.Apa agaknya yang ditulis TT ni?
Ini dia…ha ha ha
Sekitar jam 5 petang

Antara kumpulan rock yang terawal membuat persembahan

Terserempak YB Ronnie Liew

Angry Bird fan

Amrayy sedang bertugas

Tak sia sia bro ini join APA Media Team…cukup komited budak ni.
Thank you Amrayy.

Halo..ini bukan Janda Baik maaa…

Ronnie tengah fikir apa yang nak ditulisnya…

Aku satu satunya photographer yang berjaya merakamkan apa
yang ditulis Ronnie Liew…ha ha ha

Mat Sabu baru tiba…

Pak Samad posing ngan awek..he he.
Pak Samad ini kalau posing memang tak pandang kamera punya.
Halus jiwa ‘kemaluan’ dia…(betul ke bahasa aku guna?)

“Kita mesti guna slogan 1Bersih,apa macam YB?
Mat Sabu : “Aku tampor jugak budak ni kang”..

“Saya kasi YB ingat ahh..lepas ini 1Bersih tau”

Peserta dari AMK

Pyan kata sape nak pijak gambar dia boleh pijak no hal…
Dia letak kat tengah laluan orang ramai,tapi takde siapa
yang aku lihat memijaknya…macam menyindirnya bro?
Ha ha ha

Aku dikhabarkan budak ni reporter MK.Banyak kali gak terserempak dengan dia
dalam event Bersih.Tapi bila kena pancut air dan gas FRU tak cukup tanah
dia lari.Tapi dia datang full gear..siap gasmask lagi.Ha ha ha

Marina tengah adjust loudhailer dibantu oleh seorang dari Pro-M

Sekitar jam 7:00 malam

Masa aku snap gambar ini terdengar azan maghrib dari masjid berdekatan,so
penganjur memberhentikan semua aktiviti untuk menghormati
masuknya waktu Maghrib

SOLIDARITI SOSIALIS?

Tukar Tiub sedang berihat

Antara pelajar pelajar IPTA/IPTS yang membuka booth mereka

Novel top “Salina” berlatar belakangkan penulisnya A.Samad Said

Pelapis yang bakal memenuhi demonstrasi jalanan 15 tahun dari sekarang
Hari ini bawak belon Angry Bird…mana tau suatu hari kelak 
bawak molotov cocktail atau C4 masa berarak

Satu pendidikan terbaik yang diajar emak bapak diaorang

Teringat macamana kerajaan Komunis di China melatih anak anak seusia
ini berarak pikul senapang kayu.Cuma disini belon Angry Bird dan magic stick..
tapi konsepnya tetap sama.Suratan atau kebetulan?

Jam 9:00 malam

Penonton dipersembahkan dengan video dan slide pendek

Sebahagian penonton yang sanggup dibasahi gerimis

Ini keadaan stadium sekitar jam 9:30 malam.Lepas beberapa shot aku meninggalkan
stadium,Jadi apa situasi selepas itu aku tak tahu…

Sempat gak aku rakam beberapa keping gambar S.Ambiga
dibelakang pentas sebelum aku ucapkan Sayonara…