Update : 2:10 PM
Nampaknya macam technical problem di blogger.com
Kaunter dah kembali saperti biasa (imej dibawah)

Bangun dari tidor aku dikejutkan oleh sesuatu bila mula melayari blog Aku Peduli Apa pagi ini bila kaunter pageview blog APA menunjukan angka 1213 walaupun pada hakikatnya dah hampir mencecah angka 3 JUTA PAGEVIEW.Beberapa kali aku sign in dan sign out takut kalau kalau berlaku kesilapan teknikal oleh blogger.com,tapi ianya tetap menunjukan angka yang sama.

Angka diatas(1213) menunjukan seolah olah blog APA hanya berumur sehari dua dan sejauh mana ianya akan menjejaskan kedudukan semasa blog APA dalam Alexa Ranking masih belum dapat dipastikan lagi kerana kedudukan dalam Alexa Ranking masih nampak bertahan (imej bawah).

Alexa Traffic Rank jam 12pm 15/10/2012

Aku tak pasti jika memang berlaku apa apa masaalah teknikal di blogger.com yang baru diambil alih Google yang kini mensyaratkan semua blog menggunakan “new interface” yang dikatakakan lebih memudahkan dan advance jika dibandingkan dengan yang lama.Aku tak tahulah orang lain tapi aku masih lagi terkial kial cuba menyesuaikan diri dengan interface baru ini.

Aku harap tak ada masaalah lain kecuali masaalah teknikal di pihak Google dan bukan masaalah orang nak BERGURAU dengan blog aku saperti yang pernah terjadi beberapa kali sebelum ini.Tapi bila ianya terjadi selepas aku post artikel terakhir awal pagi tadi bertajuk Buku kontrovesi Setan, Syaitan, S….Chicken don’t read this book.timbul juga kerisauan jika ada usaha pihak pihak tertentu untuk menamatkan riwayat blog ini.

Apapun aku berharap tidak akan berlaku sesuatu yang tidak di ingini pada blog aku ini,tapi andaikata ianya tetap berlaku hanya kerana ada PIHAK PIHAK TERTENTU YANG NAK TUTUP MULUT AKU..aku redho.

Perjuangan aku tidak akan berhenti disini…

SEORANG APA DIBUNUH…SERIBU APA…SEJUTA APA AKAN LAHIR UNTUK TERUSKAN PERJUANGAN MENEGAKAN YANG HAK!

Saperti juga Kita Semua Uncleseekers…Kita Semua Juga APA.

P/S : Kepada yang suka naik KTM..apalagi? No 1213 itu baik punya tempat duduk,pilih saja tempat duduk BESAR atau KECIL…kah kah kah.Siapa yang faham fahamlah…hehhh