Jangan tak percaya aku dah ada buku ini..

Sebagaimana Uncleseekers aku juga dihadiahkan Abah Pak Habib aka Syed Hussein Al Atas buku terbarunya Setan,Syaitan dan satu lagi dot dot dot S.Buku yang pastinya bakal mencetuskan kontrovesi dan silap haribulan bakal DIHALALKAN.Aku belum berpeluang membacanya sehingga habis jadi aku simpan dulu komen aku dan hanya akan mengulasnya bila nanti.

Apapun kepada peminat buku karangan Pak Habib ini bolehlah mendapatkan nya di toko buku Pustaka Mukmin No. 143, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur 03-2693 5155 dan aku difahamkan cetakan pertama ini agak terhad dan mana tau ianya bakal diberhentikan pengedaran nya jika diberi sijil “HALAL” kelak.

“Pat pat siku lipat…siapa cepat dia dapat”

Sementara itu bagi aku layan dulu buku ini sampai habis.