Tengahari tadi aku dan Zelmey singgah di Pustaka Mukmin Jalan TAR untuk meninjau sendiri aduan yang diterima dari para pembaca yang konon nya buku terbaru Pak Habib saperti tajuk diatas tidak lagi dijual disitu sejak beberapa hari lalu.

Sampai disitu kami jelajah dulu sampai kebelakang kot kot buku Setan.Syaitan,Sultan ini hanya dipamirkan dibahagian belakang toko buku tersebut,tapi tak kelihatan.Jadi kami kebahagian hadapan dimana buku buku terbaru dan hot dipamirkan,tapi cuma ada buku buku lama karangan Pak Habib yang dipamirkan disitu.Jadi aku dan Zelmey mengambil keputusan untuk mewawancara tuanpunya Pustaka Mukmin sebab sebab mengapa buku terbaru Pak Habib tidak kelihatan disitu.Buat pengetahuan para pembaca,Pustaka Mukmin adalah salah satu toko buku yang senantiasa mengedar buku buku karya Pak Habib sepanjang karier beliau sebagai penulis buku politik.

Bila ditunjukan oleh staff disitu boss toko buku itu maka Zelmey mula bertanyakan soalan tentang ketiadaan buku Pak Habib saperti yang sepatutnya disitu.Dalam keadaan tak tentu arah bila gambar dan video nya aku rakam dia menjawap “Saya tak berani lagi jual ini buku”..he he he.

Siap bawak KDN sekali…

KDN mari kalu susahlah…
Kesian lak aku tenguk mamat ni..

Lantas Zelmy yang kebetulan masa tu tengah online dengan Pak Habib memberikan handphone nya kepada tuanpunya toko buku tersebut untuk mendapatkan kepastian.Apapun diakhir sessi terjah aku dan Zelmey tengahari tadi nampaknya Pustaka Mukmin tidak lagi akan menjual buku panassss ini.Jadi kepada ANDA yang berminat untuk memilikinya bolehlah berhubung terus dengan Syed Hussein Al Attas aka Pak Habib melalui email beliau  dan bagi mereka yang berada tidak jauh dari Janda Baik,sudi sudikan menjenguk Pak Habib di Wadi Hussein  bagi mendapatkan nya beserta catitan peribadi beliau untuk buku tersebut sambil menikmati keindahan Wadi Hussein dan mengenali penulis kontrovesi ini secara peribadi.

Bak kata Zelmey dalam perjalanan pulang kami….

“MANUSIA LEBIH SUKA KEPADA SESUATU BENDA YANG ‘HARAM’ DARI BENDA YANG ‘HALAL’….kah kah kah.