Gua yang jenis“Lajah” ni gua tak berapa tau..tapi
kalau jenis “Lajak” memang makanan gua?

Kah Kah Kah

Aku tak pasti sama ada Najib berjaya menjawap atau tidak soalan dari adik kita saperti yang tertera dalam video dibawah sebab tidak diperdengarkan apa yang diperkatakan Najib sambil menoleh kepada Muhyiddin.Tapi aku suka bersangka baik sebagai orang Islam pastinya soalan macam tu ‘kacang’ je untuk dijawap oleh Najib dan pastinya memanglah ‘memalukan’ jika seorang PM beragama Islam tak boleh jawap soalan yang diacukan oleh seorang kanak kanak sebaya cucu dia.Tapi..

Seharian bloggers PR duk main isu ini seolah olah Najib tak mampu menjawap dan terpaksa meminta pertolongan Muhyiddin yang sama blurr bila diacukan soalan taraf ‘unsangkarable’ ini.Diharap ada rakaman lain dari sudut yang berbeza dari sesiapa juga yang hadhir waktu itu yang menunjukan Najib menjawap dengan fasih.Kalau tidak ‘persepsi’ PM kita tak tahu amenda akan terus terpahat diminda mereka yang dah menyaksikan video diatas.
Tapi andaikata memang Najib tak boleh menjawap…kenalah dia ingat kembali PERINGATAN yang selalu aku berikan tentang KEWAJIPAN dia yang masih belum terlaksana dan menjadi perkara WAJIB mengikut hukum Allah.Lagi lama dia menunggu dan buat bodoh makin banyak perkara ‘remeh berimpak besar’ yang bakal TERSASUL MASUL dari dia…kah kah kah.
Perkara apa dia?
Anak Cina makan pengat,sendiri mahu ingatlah….
Cuma….2hb November ini hari raya apa Ah Jib Gor aah ?