Uncleseekers dengan gaya rambut 
David Arumugam dan pedang Star Wars nya…he he he.

Sahabat aku Amrayy ini ada penyakit takut dengan benda benda yang dia tak nampak (makhluk paranormal).Jadi semalam semasa singgah di Wadi Hussein untuk mengambil buku terbaru Pak Habib dia berkesempatan DIBERIKAN SEMANGAT oleh ‘Sifu Uncleseekers’ yang begitu santai dengan fesyen rambut ala ala David Arumugam..he he he.

Jelmaan David Arumugam di Janda Baik.
Ini mesti ada kaitan dengan paranormal…

Siang siang lagi Uncle dah bagi peringatan kepada kami berdua setiap gambar dan video yang kami rakam semalam adalah untuk ‘koleksi peribadi’ kami sahaja dan tidak dibenarkan untuk disiarkan diblog APA atau Amrayy Lensa Assault sebab uncle dalam mood lagu lagu Alleycats.

KLIK UNTUK IMEJ LEBIH BESAR
Cerita punya cerita dan tanya punya tanya Amrayy tersilap tanya…maka jadilah dia model macam dalam filem Star Wars dimana Jedi (Uncleseekers) menggunakan pedang nya untuk menurunkan sedikit keberanian kepada Amrayy yang lemah semangat..MAY FORCE BE WITH YOU.

Anda boleh dengar sendiri dalam video dibawah Uncle pesan pada Amrayy yang video yang dirakam tak boleh disiarkan.Tapi tadi semasa aku bersama sama Kulaan Niring terperangkap dalam kesesakan lalulintas petang aku terima call dari Amrayy.Dia kata….

” Abang saya dah upload video dengan Uncle semalam”

“Kau tak dengar ke apa Uncle pesan semalam Amrayy”, tanya ku.

” Bagitau Uncle…sebab dia dah bagi ‘semangat keberanian’ semalam pada saya,maka hari ini saya jadi ‘lebih berani’ jadi dia tak bagi siar pun saya siar jugak”,jawap Amrayy slumberland je..

Petikan kata kata Amrayy dalam blog nya..

NI VIDEO UNCLESEEKERS TAK BAGI KELUARKAN,TAPI AKU KELUARKAN JUGAK.
SEBAB AKU KELUARKAN , UNCLE SURUH JADI BLOGGERS JADI BLOGGERS YG BERANI DAN UNCLE KATA, BLOG AKU, AKU PUNYA SUKALAH NAK BUAT APA..
SO KENA DENGAR NASIHAT DIA.
WAKAKAKKAKA

He he he…berani tak gua Uncle ekk?

Nak marah pun ada dan geli hati pun ada bila mendengar jawapan dari Amrayy,tapi lebih kepada nak geli hati mendengar alasan budak lurus bendul macam si Amrayy ini.Mampussinnn….

Kepada Uncle gua cuma nak kata…

LU TANGGUNGLAH BRO SEBAB DAH TERLEBIH BAGI SEMANGAT KEPADA AMRAYY….KAH KAH KAH.

Kucing Uncle pun salute kat Amrayy atas keberanian baru
yang diturunkan oleh Uncleseekers…kah kah kah.

P/S : Teringat Uncle membebel semasa kami minum petang di Saufiville lepas tu…” Bloggers ni bukan boleh percaya sangat,kita kata jangan dia buat juga dan kita kata jangan siar diaorang tetap siarkan”, dia memberitahu Ku Shah dan beberapa orang disitu merujuk kepada insiden Ku Amran minta jangan disiarkan sidang media pasal Keris Tamingsari tempuhari.

Kah kah kah….ternyata telahan lu betul bro.