“Setiap parti politik berhak menerima sumbangan politik”

Ini merupakan ayat paling KERAMAT yang dituturkan minggu ini oleh seorang pemimpin Umno.
Ayat siapa diatas ni?
Ianya tercetus bila boss merasakan anak anak buah dia yang mengalami penyakit SINDROM BEBALISMA perlu dibela bila buat kenyataan CAPOI.
Nazri Aziz guna….bila dia dilaporkan berkata,

“Tiada kesalahan dalam transaksi seperti itu memandangkan tiada undang-undang untuk menghalang sumbangan kepada parti politik”. – MKini

Abd Rahman Dahlan pun turut sokong Nazri…bila dia kata,

“Gabungan parti pembangkang turut meraih sumbangan untuk kegiatan mereka”.-Mkini

Tapi yang paling syoknya ayat KERAMAT diatas dikeluarkan oleh @NajibRazak bagi menyokong jawapan bertulis Nazri Aziz di Parlimen 11 Oktober lalu.
Kah Kah Kah
Jadi kalau SEMUA PARTI POLITIK BERHAK terima sumbangan/dana baik yang ‘asing’ atau ‘tak asing’ untuk tujuan politik mereka….APA YANG DI POT PET POT PET selama ini pasal Pakatan Rakyat ataupun NGO terima dana waima dari apa sumber sekalipun?
Baca SINI

P/S : Ah Jib Gor…gua dah kata kasi selesai apa yang WAJIB bro selesaikan,jangan tangguh dan tak perlu tunggu 2 Nov.Lagi lama bro tunggu lagi macam macam yang mendatang…Hati dengan akal bro kata jangan sebut tapi Allah swt perintahkan lidah bro supaya tersasul .Makin hari dan makin dekat PRU akan ada lebih banyak yang bakal terhambur dan tersasul…Percayalah..

SEBAB ‘BERHAK’ LAH JUGAK AKU TERANIAYA DALAM PRU11 2004 OLEH PAK LAH DAN UMNO….BERHAK PUNYA PASAL…BERHAK SAPU SELAGI MAHU TAK KIRA HAK ORANG LAIN!!!