Alhamdulillah setakat hari ini 30 buku sudah aku poskan untuk
pembeli yang memesan secara online..

PENTING

Diharap saudari Hasmiza binti Hassan dan Nurul Saiyidah Binti Sark dapat emailkan maklumat peribadi anda kepada azmiapa@gmail.com supaya saya dapat menghantar pesanan anda .Terima kasih.

Ramai yang menyangka kehidupan sebagai seorang blogger penuh dengan glamour dan sanjungan pemimpin tidak mengira dipihak mana mereka duduk.Ramai yang menyangka kalau blog kita duduk dalam ranking yang baik apatahlagi sebagai NUMURO UNO pastinya pendapatan datang mencurah curah dari peluang yang diberi oleh pemimpin untuk tujuan politik peribadi dan parti yang mereka anuti.BETUL…tapi tidaklah selalu begitu apatahlagi bagi blogger HARAMJA macam aku ini yang tidak mahu bentuk aku bergantung kepada acuan yang disediakan pemimpin.

Bagi yang jenis ANGGUK ANGGUK GELENG GELENG dua perkara diatas memanglah merwarnai kehidupan berkarya mereka kerana dapat mengembirakan hati tuan tuan mereka sama ada tuan mereka itu individu,agensi ataupun parti politik.Jadi blogger blogger yang sewaktu dengan aku ini memang tiada tempat langsung dalam persada politik negara hari ini.

Walaupun begitu semuanya ini telah aku jangkakan dan sedikit pun tidak melemahkan semangat aku untuk terus berkarya cara aku tanpa perlu mengorbankan prinsip yang aku pegang.Lantas sejak mengumumkan aku tidak lagi berpihak kepada mana mana parti baik Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat layanan dingin dari bekas teman teman seperjuangan dahulu sudah menjadi perkara biasa bila sesekali bertemu dalam beberapa program.Mungkin kematangan berpolitik masih belum wujud lagi dikalangan mereka lantas pada KAMI yang TIDAK BERPIHAK ini dianggap sebagai tidak berpendirian dan wajib bagi kami untuk berpihak.Tapi aku senang begini kerana aku tidak terikat untuk mengkritik sesiapa juga yang aku fikir perlu dari dipaksa memilih diantara PEROMPAK dengan PENYAMUN.



Jadi kalau aku terpaksa jual Kopi eXtreme buku ‘separa panas’ SSS (belum cukup panas sebab masih bertaraf HALAL) untuk buat duit bayar broadband dan beli nasi bungkus tak perlu lah sesiapa nak melalak melolong sebab penulis nya Pak Habib yang memang kontrovesi orangnya.Sekurang kurangnya hasil nya HALAL dari buku yang masih bertaraf HALAL.Kalau kelak ianya bakal diHARAMkan tolong pegi tangkap pengedar DVD yang dah tentu jual DVD haram dan kat depan Cravencafe tempat port aku ini pun ada satu yang dah beroperasi berbelas tahun tanpa diganggu pihak berkuasa….pasal apa tak ganggu???Ehem..ehemm sudahlah.

Jadi tak usah ganggu aku untuk meneruskan kelangsungan hidup aku!

P/S : Kelakar juga bila tenguk ranking terbaru blog PRO BN dan PRO PR yang dikeluarkan baru baru ini,bila blog APA tiada disenaraikan kerana tak pasti status.I like…I like…

Lagi satu…DI KENCING dan tidak dibayar untuk kerja kerja yang telah dilakukan satu lagi masaalah yang aku kena hadapi.Dahlah kita susah..disusahkan lagi olih mereka mereka ini.Siapa mereka???

Sendiri mahu ingatlah…