Hantu Genderuwo ini aku nak hantar 3 ekur
untuk temankan Paklah dengan bini dia…

Semalam Uncleseekers ada buat artikel membela kes anak aku dengan SPAD disini.Ada ke patut lepas aku mati dan bangun dari kubor baru dia nak pinjamkan TENTERA PARANORMAL dia yang terdiri dari  Hantu Pocong , Hantu Bungkus , Genderuwo,Hantu Raya dan macam macam lagi makhluk paranormal yang dia berjaya tangkap sepanjang kariernya sebagai PEMBURU HANTU.Adakah lepas aku mati dia suruh aku call phone dia mintak bantuan?

Fikir punya fikir aku rasa Uncleseekers ini menawarkan aku PERKHIDMATAN MEMINJAMKAN HANTU pada aku sekarang ini bukan tunggu aku dah mati untuk dihantar ke rumah rumah orang orang yang pernah dan sedang menganiaya aku selama ini untuk dibuat teman bergurau mereka sekeluarga.Jadi aku ada beberapa permintaan kepada Uncleseekers dengan kadar segera saperti senarai dibawah…

1. Untuk Pak Lah dan Jean..aku perlukan sekor Genderuwo untuk tolong picit picit badan Pak Lah dengan Tun Jean sebab dah senja sangat.Untuk Khairy Jamaluddin sekor atau dua Hantu Raya untuk temankan Norie dan anak anak sebab KJ selalu sibuk takde rumah berpolitik.Untuk Kamaluddin sekor Hantu Raya dan 4 ekur Toyol untuk tolong kira kekayaan yang berjaya dia rembat sebelum ini.

2.Untuk Najib dan Rosmah….2 ekur Hantu Raya yang boleh menyerupai diantara mereka in case masing masing rasa sunyi bila berjauhan.Empat ekur Toyol untuk menjaga harta yang merupakan Permata Negara..

3. Untuk Syed Hamid Albar…sekur Langsuir bersuara nyaring untuk menghiburkan hati dia bila Norhaslinda pindah kerja kat Sabah dan Sarawak nanti.

4. Untuk Norhaslinda…seekur Hantu Bungkus untuk pastikan mulut dia senantiasa terbungkus dan tak boleh buat peraturan dan syarat yang menganiaya orang ikut suka hati emak abah dia.

Rasanya Uncle cukup dulu senarai 4 kumpulan ini dulu yang lu perlu hantar tentera paranormal lu buat masa ini.Nanti gua fikirkan nama nama selanjutnya dan mintak Hantu Poslajuhah gua hantar pakai courier kat lu.

Kepada para pembaca…

Walaupun tulisan diatas bunyi macam main main tapi jangan tak ambik serious.Jangan ingat dalam dunia ini Allah Taala cuma cipta kita manusia dan tak ada makhluk makhluk ghaib lain yang selalu kita panggil dengan nama HANTU yang sebenarnya terdiri dari kumpulan Iblis,Jin dan Syaitan.Cuma sama ada ‘mereka’ menguasai kita manusia atau kita yang menguasai mereka.Kepada yang dianugerah Allah Taala ilmu macam Uncleseekers pastinya makhluk yang aku sebut diatas tunduk menikus.Tak percaya???

Datanglah bermalam di Wadi Hussein Janda Baik untuk mengalami dan melihat sendiri “Penghuni Penjara Janda Baik” yang terdiri daripada BANDUAN PARANORMAL dibawah kelolaan Uncleseekers…hi hi hiiiiiiii.Ada berani?

Jangan mudah menghukum bila melihat kelakuan sesetengah orang nampak pelik dan ganjil apatahlagi menjatuhkan hukuman berkaitan akidah seseorang.Bukankah mempercayai sesuatu yang GHAIB itu adalah tunggak Rukun Iman kita yang enam sebagai seorang Muslim?

Fikirkan….mana satu dari Rukun Iman kita yang enam itu bukan perkara yang GHAIB?

WaAllahu’alam.

P/S : Jangan ingat pemimpin kita tak percaya ‘benda benda’ macam ini.Kalau tak percaya takkan lah laki bini duk mengadap DUKUN PETASEH kat N9.Kah kah kah….mana aku tahu?Paranormal beb….paranormal