Kemelut diantara anak aku dan SPAD yang mencetuskan kemarahan aku beberapa hari sudah bolehlah dianggap selesai tanpa aku mahu mengulas lebih lanjut.Semuanya hasil usaha dan tindakan professional Chief Operating Officer SPAD En.Azhar Ahmad bersama teamnya yang terdiri dari Pn Mizaton Isa-Head Licensing Dept,En.Azlan Shah Al Bakri -State Operations,Surina Adnan-Senior Manager COO’s Office,Norazizin Othman-Road Public Transport dan Nur Nadia Abd Rahim-Executive RPT.

Terima kasih juga kepada mereka mereka yang menolong dibelakang tabir yang tak dapat nak aku sebut nama mereka disini dan biarlah ianya menjadi rahsia.Tidak aku lupakan ‘TENTERA SIBER’ yang terdiri dari sahabat sahabat Bloggers,Facebookers dan Tweeterist  yang memainkan peranan besar mengetengahkan isu ini dialam maya terutamanya bro aku Uncleseekers.

Dikesempatan ini juga aku memohon maaf kepada Pengerusi SPAD Syed Hamid Albar kerana maki hamun yang aku hamburkan sebelum ini walaupun 7 bulan sebelum ini aku pernah mengingatkan beliau agar meninjau kebawah tenguk apa yang dilakukan pegawai beliau terhadap anak aku tapi dia tak ambil port hingga terjadi apa yang dah terjadi.

Kepada yang punya badan NORHASLINDA MOHD ISHAK Ketua Wilayah Tengah SPAD belajarlah dari apa yang telah terjadi dan perbaiki diri anda dimasa akan datang semoga anda kelak menjadi penjawat awam yang berdidikasi untuk berkhidmat kepada rakyat.Jangan mudah memandang rendah kekuatan seseorang yang berurusan dengan anda walaupun kelihatan saperti anjing kurap kerana mungkin disebalik kurap itu dia memiliki GIGI dan TARING yang amat tajam yang sengaja disembunyikan.

Apa yang aku pelajari dari pengalaman ini adalah masih ramai lagi PEGAWAI PEGAWAI yang berdidikasi didalam SPAD terutamanya COO mereka En Azhar Ahmad dan team pengurusan nya.Mungkin adalah sekor dua yang merasa terlebih hebat dan itu memang dah jadi perkara biasa dalam ajensi dan jabatan yang berurusan dengan orang awam.

Akhir bicara..sekali lagi TERIMA KASIH UNTUK SEMUA YANG TERLIBAT.

SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA MAAF ZAHIR BATIN.