Dengan izin Allah SWT maka besuk bertunanglah puteri sulung aku dengan jejaka pilihan hatinya.Aku nak jemput anda semua datang tak larat lah pula lagipun ini cuma majlis merisik dan bertunang jadi aku cuma boleh ajak anda semua berkongsi kegembiraan dan sama sama mendoakan agar mereka berdua dapat melalui tempuh pertunangan mereka ini dan akhirnya disatukan sebagai suami isteri.Amin….

Rasanya macam baru semalam je aku tenung mata puteri aku
ini buat pertama kali dalam lif di Hospital Bersalin HKL dalam
perjalanan dia bersama ibunya ke wad…
Kini akan disunting orang…