“Kaedah Bantal” dimana lembu korban dibaringkan diatas
besi bertingkat yang dipanggil ‘bantal’.

ALLAHU AKBAR

ALLAHU AKBAR 

ALLAHU AKBAR

Sebentar tadi telah sempurna Ibadah Korban yang dilakukan oleh kariah Masjid Bukit Antarabangsa.Dengan kaedah baru yang dipanggil “Kaedah Bantal” 21 ekur lembu berjaya disembelih dalam masa sejam setengah selepas sahaja selesai Solat Sunat Aidil Adha.

Memandangkan Aidil Adha tahun ini jatuh pada hari Jumaat maka semua kerja kerja penyembelihan,melapah dan membahagikan daging mestilah disiapkan sebelum Solat Jumaat dan dengan ‘kaedah bantal’ tadi aku jangka tiada masaalah kepada petugas dan sukarelawan untuk melakukan nya.Difahamkan banyak masjid masjid seluruh negara hanya akan melakukan ibadah korban mereka esuk (Sabtu) atas kengkangan masa saperti diatas dan ‘kaedah bantal’ yang aku lihat kali pertama digunakan oleh Jawatankuasa Masjid Bukit Antarabangsa dapat menjimatkan waktu menumbang dan menyembelih korban.

Dibawah adalah gambar gambar yang sempat aku rakam sewaktu disana tadi…

Setelah lembu ditumbangkan ‘bantal’ dilapik dikepala
sebelum disembelih.

Kerja penyembelihan jadi tambah mudah

Orang kuat JMM

Anggota anggota IPD Hulu Langat/Ampang

Haji Zulkeflli penyelaras korban

Lembu lembu korban yang menunggu giliran 

Haji Affendi ‘artis’ yang selalu enter frame

Bapak yang sebelah kanan ini kirim salam pada Tun Faisal

Pak Tommy tukang pemerhati…

Haji Rozmi….mana yang lain?

“Anak Lembu” sumbangan Menteri Besar Tan Sri Khalid dan 
Kerajaan Negeri Selangor….lembu No.21

Tiada wakil PKR/Azmin yang sudi menyiapkan ‘anak lembu’ boss mereka Khalid Ibrahim 
maka ahli JMM dan anggota IPD Ampang datang membantu

Ada rupanya orang Azmin Ali…tapi handle lembu lain..he he

‘Lembu No.21’ diproses oleh Wanita Umno Caw Bkt Antarabangsa.
Wa salute lu orang semua…

Kenapa aku panggil “Lembu No.21” anak lembu?
Ini sebabnya….

“Anak Lembu 21″…tanduk pun baru nak tumbuh.
Terima kasih Tan Sri Khalid Ibrahim

Ini baru artis betul…Hj Fandi tadi artis enter frame…ha ha ha

Jangan tidak….jenguklah jugak lembu boss

Antara 30 sukarelawan yang dihantar IPD Ampang

Tuan Amir OCPD Hulu Langat/Ampang dan Datuk Syed Taha