Apa itu BAWIC?

BAWIC adalah singkatan kepada Bloggers And Writers International Confederation satu gabungan penulis dan bloggers yang bakal ditubuhkan peringkat Malaysia dan antarabangsa cetusan idea Pak Habib aka Syed Hussein Al Attas.

Sebentar tadi telah berlangsung mensyuarat pertama jawatankuasa pro-tem untuk tujuan penubuhan  gabungan ini yang bila ditubuhkan dengan rasmi kelak akan melangkaui sempadan sehingga ke Australia,Indonesia,Thailand dan Brunei.

Buat masa ini aku tak mau nak perincikan apa matlamat gabungan bloggers dan penulis ini sehingga ianya diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia kelak,sekadar ianya akan menjadi platform dimana bloggers dan penulis untuk berinteraksi diperingkat tempatan dan antarabangsa.

Diharap bila gabungan ini berjaya ditubuhkan kelak anda semua bloggers tidak mengira aliran dan fahaman politik masing masing dapat bernaung dibawahnya untuk satu anjakan paradigma selain apa yang kita telah dan sedang lakukan sekarang ini,

Perbincangan bersama Pak Habib

Omar anak Pak Habib sedang memberikan input

Ku Syah sedang enak pekena mee goreng mamak

Omar dan Ku Syah

Sempat gak promo buku SSS

Uncleseekers sedang asyik melayari ‘laman porno’…ha ha ha (gurau je)

Tengah menyeru ilham…

Jelingan paranormal