Sejak beberapa bulan lalu aku berfikir bisnes apa yang  patut dibuat untuk mengambil peluang PRU13 yang bakal mendatang.Nak buat bisnes supply supply kat Umno/BN aku dah rasa taubat sebab dah nak masuk PRU ketiga HUTANG UMNO/BN tak jugak mahu dilangsaikan.

Fikir dalam fikir..atas fikir punya fikir,tiba tiba aku dapat IDEA yang aku rasa terbaik dari segala bisnes bila berurusan dengan orang politik baik yang sedang berkuasa mahupun yang sedang nak merampas kuasa.Bisnes apa tu?

BISNES MELUPUSKAN DOKUMEN DOKUMEN SULIT PEMIMPIN.
Idea ini aku dapat bila teringat kejadian seorang pemimpin Umno bertaraf Menteri Besar dari sebuah negeri Pasir Sebutir yang cuba melupuskan “dokumen dokumen sulit” peribadi dan bukan peribadi dia dipejabatnya dari malam sampai kesubuh dimalam pengumuman keputusan PRU12 2008 bila dapat tahu negeri nya telah dirampas Kerajaan Pasola.
Kenapa bisnes jenis ini yang aku pilih?
Sebab dah dengar kuat sangat bunyi gendang perang yang dipalu Kerajaan Pasola yang mengatakan mereka juga bakal merampas negara Pasir Bedengung kali ini.Jadi kalau ini betul betul terjadi aku pasti HAMPIR SEMUA pemimpin yang memerintah negara Pasir Berdengung memerlukan perkhidmatan pelupusan dokumen sulit mereka yang jika jatuh ketangan pihak musuh bakal menghantar mereka semua ke Sungei Buloh Resort makan tanggung berak cangkung sampai mati.
Jadi kepada yang berminat nak venture dalam bisnes ini boleh roger roger aku kat email aku.Aku ingat kalau ada 500 unit kenderaan dilengkapi file shreding machine saperti gambar yang kat atas cukup kot.Disamping itu kita boleh jugak buat servis sampingan MENGANGKUT DAN MEMINDAHKAN HARTA ROMPAKAN DAN SAMUNAN mereka juga.
Aku juga terfikir nak buat bisnes MENYEDIAKAN PRIVATE JET untuk mereka dan keluarga mereka melarikan diri dari negara ini,tapi modal tak cukup dan aku dikhabarkan oleh semua pengeluar/penyedia perkhidmatan private jet seluruh dunia yang semua private jet yang ada dalam dunia dah habis ditempah oleh PEMIMPIN PEMIMPIN UMNO sehingga hujung 2013.Kah kah Kah…
Apapun kita layan video kat bawah yang menunjukan sebab kenapa kita kena buat bisnes kat atas…hik hik hik.