Petang tadi aku dan Amrayy Lensa Assault bertandang ke Senawang Seremban untuk merakamkan detik detik Himpunan Kebangkitan Rakyat yang dianjurkan Pakatan Rakyat.Kami bergerak dari Kuala Lumpur kira kira jam 5 petang setelah menghadhiri Forum Pengangkutan Awam Di Malaysia yang dianjurkan oleh Kumpulan Kerja Mengenai Pengangkutan Awam Di Malaysia di Perpustakaan Petaling Jaya,Seksyen 3.

Sejak dari KL lagi hujan tidak berhenti turun jadi semua kereta menuju ke selatan bergerak dibawah  kelajuan 110 km/jam walaupun GPS dalam kereta anak aku mengesan tidak kurang dari 8 kamera AES yang dipasang sepanjang perjalanan ke Senawang dari Tol Sungei Besi.Bayangkan apa yang bakal dihadapi oleh pemandu yang tidak punya gadget mengesan AES ini untuk perjalanan KL-Seremban.

Berbalik kepada himpunan rakyat tadi,kami sampai ke Seremban Jaya dimana himpunan ini diadakan dalam keadaan hujan lebat yang tidak nampak tanda tanda mahu berhenti.Sepanjang perjalanan aku dan Amrayy menjangkakan pastinya sambutan himpunan ini tidak banyak berbeza dengan Konsert Bersih yang diadakan di Kelana Jaya berapa minggu sudah kerana dalam cuaca yang sama.Tapi agak memeranjatkan kami bila melihat hadhirin yang telah sedia ada dibawah khemah ataupun dikawasan lapang dalam keadaan hujan lebat.

Dan…hadhirin terus datang bertali arus walaupun dalam keadaan hujan lebat.Apakah isyarat yang cuba diberi rakyat Negeri Sembilan kepada kepimpinan Menteri Besar dengan kehadhiran yang begitu?

Aku meninggalkan tapak himpunan sekitar jam 11:00 malam tanpa mahu menunggu kehadhiran Anwar Ibrahim.Aku sudah menyaksikan sendiri dengan mata kepala aku dan bertanya secara rambang dengan ramai yang hadhir malam tadi apa yang kalau boleh aku anggap sebagai KEBANGKITAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN dan satu isyarat jelas kepada TS Muhamad Hassan.Waallahu’alam.

GAMBAR GAMBAR YANG AKU DAN AMRAYY RAKAMKAN…
(Kalau gambar kurang jelas hanyalah kerana dirakamkan dalam hujan lebat sambil sedaya upaya menjaga gadget kami…harap maklum)

GAMBAR GAMBAR DIATAS MENCERITAKAN SEGALANYA..JADI
KEPADA YANG MASIH LENA TU BANGUN LAH…DAN KEPADA PM
DENGAR SANGATLAH KATA PUNAHSIHAT PUNASIHAT LU BRO..