Zachary tekun mendengar…

Tengahari semalam beberapa orang tenaga muda SPAD yang diketuai oleh En.Zachary Pegawai Penerangan SPAD turun berdialog dengan NGO yang memanggil diri mereka Kumpulan Kerja Mengenai Pengangkutan awam Di Malaysia dalam satu forum yang bertajuk Dari Pengangkutan Swasta Ke Awam yang dilangsungkan di Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya ,Seksyen 3.

Aku yang tiba agak lewat ketika semua peserta sedang makan tengahari dan terlepas sessi pembentangan oleh Puan Nor Fanim Mohd AmiTimb Pengurus Besar Bahagian Polisi,Perancangan dan Penyelidikan SPAD yang membentangkan Final Draft of National Land Public Transport Master Plan.



Turut dibentangkan ialah Polisi dan Pelan Tindakan Mengenai Pengangkutan Awam Di Malaysia yang melibatkan Puan Nazirah MahmudTimb Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia KPKT,Tuan IR Hj Cheremi TarmanPengarah Jabatan Kejuteraan MBPJ,Tuan IR Lim Siew Hai -Jurutera Lalulintas & Pengangkutan Awam MBPP.

Zachary ini seorang manusia yang cukup humble dan mudah mesra
dengan orang walaupun baru dikenalinya.

Melihat kemesraan diantara peserta forum dengan tenaga muda SPAD dan pakar pakar diatas dalam bidang pengangkutan sewaktu makan tengahari aku berandaian pastinya ada sesuatu yang positif yang dicetuskan dalam sessi sebelah pagi dan sewaktu sessi sebelah petang bermula kelihatan setiap kumpulan berinteraksi dengan baik sekali sambil diperhatikan oleh wakil SPAD dalam setiap kumpulan.

Aku tak dapat menunggu sehingga sessi sebelah petang tamat kerana terpaksa berkejar ke Senawang Seremban untuk meninjau satu lagi forum yang lebih penting yang dipanggil Himpunan Kebangkitan Rakyat dan kali ini melibatkan rakyat yang dah tak boleh berinteraksi dengan baik dengan pemimpin sebab pemimpin dah jadi “tepu dan bebal”.


Encik Gurmit Singh sedang membincangkan sesuatu

Mamat ni reporter Malaysiakini yang pasti ada dalam program macam ini

Gurmit Singh
Dr.Jayakumar Devaraj
Ahli Parlimen Sungei Siput dari Parti Sosialis Malaysia(PSM)
Ada jugak…
A.Sivarajan (PSM)
Senyum jangan tak senyum..tapi kehadhiran aku bersama
Amrayy buat ramai risau
Tempat berlangsung nya forum