Ramai yang selama ini tertanya tanya kenapa disamping kekerapan aku MEMAKI HAMUN Pak Lah aku juga kadang kadang melakukan perkara yang serupa terhadap @NajibRazak dari masa kesemasa.Ada yang menasihatkan aku agar tidak menyentuh @NajibRazak kerana apa yang aku lalui selama ini adalah ANGKARA Pak Lah dan tiada kena mengena dengan @NajibRazak.He he he..aku cuma tersenyum senget bila menerima pandangan macam itu dari kawan kawan baik dalam Umno mahupun dikalangan bloggers Umno sendiri.

Ianya samalah saperti kita mengatakan “HUTANG TUN MAHATHIR ATAU KERAJAAN BN SELAMA 22 TAHUN PEMERINTAHAN BELIAU TIADA KENA MENGENA DENGAN PAK LAH ATAU PUN NAJIB”.Boleh kah kita berkata begitu?Kalau tak boleh mengapa pula HUTANG UMNO pada aku yang RM200 juta lebih itu menjadi tanggungan Pak Lah sahaja dan bukan tanggungan peminpin Umno terkemudian selepas dia?

Kadang kadang aku senyum bila ada sahabat sahabat yang menasihatkan aku,“Bro lupakanlah kisah lalu tu,hari ini @NajibRazak memerintah bukan Pak Lah lagi”,…He he he mudah je kan bagi nasihat macam tu?Macam lah UMNO hutang aku RM 2 Ribu bukan RM200+ Juta…

Jadi berbalik kepada SIRI KENAPA AKU MARAH NAJIB yang bakal aku siarkan mulai Isnin 12hb November nanti akan aku perincikan pengelibatan @NajibRazak dalam kemelut aku ini bermula sejak 2006 lagi.Akan aku dedahkan apa yang tidak diketahui umum berlaku di BELAKANG TABIR dan individu individu yang terlibat dalam usaha menyelesaikan kemelut ini yang sehingga kini tidak juga selesai.

” BROTHER,THIS ELEGANT ADVISORY’S CASE GONNA HAUNT YOU WHEN YOU BECOME PM ONE DAY IF YOU DONT TAKE THE RIGHT ACTIONS TODAY “…inilah kata kata nasihat dari sepupu @NajibRazak yang aku hanya akan panggil Pak Janggut yang diberikan sekitar tahun 2006 semasa masih menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Ternyata apa yang dikatakan Pak Janggut itu hari ini hampir menjadi kenyataan dan akulah yang menjadi HANTU yang akan menghantui kehidupan politik @NajibRazak kecuali…

Bayangkan kuasa Allah SWT…

Dari seorang yang 100% buta IT,kini aku terbaris dalam golongan bloggers tersohor dan pernah menjadi yang tersohor dari yang tersohor.Setiap baris ayat yang aku ketuk di papan kekunci ini dengan hanya menggunakan 2 jari telunjuk ini sekurang kurangnya dapat mengetuk KAMAR MIMPI @NajibRazak dari terus dibuai mimpi dan dapat dibaca ribuan rakyat yang percaya akan yang HAK pasti akan mengatasi yang BATHIL suatu masa kelak…

Jadi @NajibRazak bersedialah untuk menghadapi satu lagi REALITI yang bakal menganggu mimpi anda ISNIN 12HB NOVEMBER nanti…

ADIOS.