Hari ini Presiden Jaringan Melayu Malaysia Azwandin Hamzah menyahut “cabaran” Nazri Aziz saperti yang dilaporkan DISINI untuk bertanding di PRU13 tapi dengan satu syarat…Jom bertanding di Parlimen Bukit Bintang dan bukan di Parlimen Padang Berlengas…ooops! Padang Rengas.Nazri lu ada berani ka?

Ha ha ha…nampak gaya acara Berbalas Pantun antara dua peserta pantun ini macam takkan ada hujungnya ditambah pulak dengan BATU API macam AKU dan lain lain blogger makin memanaskan suasana.

Aku petik sikit apa yang Nazri ulas di Sinar Harian…

“Saya rasa saya aset kepada BN, kalau tak, takkan mereka(pembangkang dan Azwanddin) nak serang saya.”


Mengulas lanjut, Nazri berkata, beliau sama sekali tidak mengenali Azwanddin dan menyifatkannya sebagai ahli politik jalanan dan layak disamakan dengan katak yang sering melompat.

“Saya tak tidak hairan dengan kenyataan dia, malah saya tak pandang serius kepada ahli politik jalanan seperti dia. Kalau saya ini liabiliti kepada kerajaan, saya cabar dia bertanding di Padang Rengas dan kita tengok nanti macam mana, rakyat pilih siapa.”


Kah Kah Kah..
Sebagai BATU API SEPENUH MASA aku suka nak tenguk apa pengakhiran episod dua manusia GEDEBE ni….terutamanya si Nazri.Kah kah kah…