Banyak pertanyaan yang diajukan terhadap aku sama ada secara terus,melalui email mahupun panggilan talipun bertanyakan “Tidak kah aku takut bila mempersendakan gambar Perdana Menteri dan Mantan Perdana Menteri selama ini?

Jawapan aku….TIDAK !

Kenapa pula aku mesti takut?

HAK aku lah nak mempersendakan diaorang sapertimana diaorang MENGANIAYA aku dan ramai lagi insan bertahun tahun lamanya (hampir 10 tahun).Jadi apa sangatlah setakat imej imej superimposed yang kerap aku paparkan disini jika nak dibandingkan dengan PENDERITAAN dan SENGSARA yang ditanggung begitu ramai insan yang tidak berdosa hasil sikap TAMAK HALOBA dan PENAKUT mereka berdua.

Lagipun mereka berdua bukannya TUHAN yang wajib aku sembah jadi apa masaalah nya.Mereka pun macam AKU juga manusia biasa yang makan nasi keluar taik dari dubur dan bukan nya ketulan emas atau platinum.So what???

Kalau ada undang undang yang telah aku cerobohi dengan tindakan aku ini ambilah apa saja tindakan yang perlu baik SIVIL mahupun JENAYAH…mereka dipersilakan.

Lagi satu aku nak story bagitau kat semua…

Ini adalah masaalah PERIBADI antara AKU,NAJIB dan PAK LAH dan tiada kena mengena dengan sesiapa sekali pun terutama nya UMNO.Jadi kalau aku attack diaorang ianya hanyalah serangan peribadi aku terhadap batang tubuh mereka berdua dan tiada kena mengena dengan UMNO sebagai sebuah institusi wadah perjuangan Melayu.Jadi kepada cybertrooper Umno yang terasa nak MEMBODEK PM dengan menyerang aku…aku nasihatkan pi main jauh jauh!

Sejarah sebelum ini telah membuktikan aku sanggup menghadapi siapa saja dalam PERJUANGAN PERIBADI aku ini tanpa rasa gentar dengan siapa dan sehebat mana orang itu….sebab itu aku dikenali sebagai BLOGGER GILA.Soalnya…apakah korang punya waktu untuk melayan KEGILAAN aku?Kalau tak ada,lebih baik korang fokus saja kepada matlamat dan tujuan korang berada dalam alam siber ini.Apatahlagi korang yang punya banyak KEPENTINGAN yang perlu dijaga dan disembunyikan dari diketahui umum.

Bagi aku….MEMBUJUR LALU MELINTANG PUKANG,sebab aku tiada KEPENTINGAN apa apa pun baik dari siapa siapa pun.

ADIOS.

P/S : Ada yang bertanya sampai bila?Jawapan aku ringkas dan mudah…bila semua ini DI SELESAIKAN.Jangan kata minta setakat padamkan artikel…blog ini juga boleh aku DELETE selama lamanya…