Besuk Najib dikhabarkan akan ‘mencemar duli’ ditanah jajahan aku untuk “main pondok pondok” (ingat tak permainan ini masa kita kecil dulu) dalam apa yang dipanggil program Karnival Pondok.Tapi karnival pondok ini tak ada main masak masak atau main kahwin kahwin yang macam kita main dulu dulu sebab melibatkan “Warga Pondok” yang nak di tranformasikan menjadi Yayasan Pembangunan Pondok 1Malaysia.

Tiga anugerah akan diumumkan dalam karnival ini iaitu :

1.Tokoh Pondok 2012
2.Pondok Contoh 2012
3.Anugerah Kasih YAB Perdana Menteri 2012 (untuk aku tak ada ke bro?)

Hebuh diperkatakan disekitar Ampang yang Najib bakal mengimamkan Solat Asar di Masjid Taman Bukit Indah besuk.Jadi kepada penyokong Pakatan Rakyat jangan ingat Anwar Ibrahim saja yang boleh mengimamkan solat berjemaah di masjid…Najib pun boleh.

Cuma orang kata….(bukan aku kata ya)

Anwar kerap mengimamkan Solat Maghrib dan Isyak tapi Najib memilih untuk mengimamkan Solat Asar sebab guna “SILENT MODE”.Ada beza ke?

Pada aku solat mana boleh dibeza beza tapi itulah LAWAK seharian yang aku dengar menjadi bahan ketawa dikedai kedai kopi sekitar Ampang hari ini dan mungkin belarutan hingga esuk.

P/S : Cuma terkilan Najib tak mahu bagi Anugerah Kasih Perdana Menteri 2012 tu kat aku tanda kasih sayang dia dan Umno pada aku.Huu…huuuuuu

Lagi satu…aku langsung tak tahu yang Najib nak datang Ampang sebab takde sekor orang Umno pun yang sudi bagitau aku.Aku cuma dapat tahu semalam setelah diberitahu oleh orang PKR tentang kedatangan Najib ke Ampang